Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah menulis kepada Zaid ibn Abi Zaid yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau arahkan anaknya Ubaidullah bin Zaid datang mengadapnya. Beliau dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa. Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya. Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.Setelah membaca surat itu Zaid pun memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah merosakkan bahasa Arab".Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.Lalu Zaid menyuruh seorang lelaki duduk di tepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu, hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abul Aswad. Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca surah at-Taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul).Tatkala Abul Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu. Beliau pun tergesa-gesa berjumpa semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda . Saya fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran, ertinya membetulkan bacaan supaya tidak berlaku "lahan".
0 pandangan anda:
Post a Comment