Nov 23, 2008

Microsoft ingin tawar antivirus dan internet security PERCUMA




Assalaamu’alaikum w.b.t.. dan selamat sejahtera… Lagi taktik bisnes dari gergasi software dunia iaitu Microsoft. Pihak mereka berkata kemungkinan mulai pertengahan tahun depan iaitu dari akhir Jun 2009, Microsoft akan berhenti menjual perisian OneCare security dan akan mengedarkannya secara total PERCUMA pula. Dan ini mungkin merupakan satu berita baik kepada mereka2 yang tidak suka membeli perisian antivirus atau tidak mampu untuk membelinya.

Sememangnya masih ada lagi perisian antivirus percuma di luar sana seperti Avast dan AVG, tetapi servis yang ditawarkan oleh mereka bagi versi percuma adalah TERHAD. Servis penuh hanya disediakan bagi perisian yang berbayar / full edition. Ini berlainan dengan OneCare Security oleh Microsoft nanti, iaitu servisnya adalah menyeluruh sama seperti perisian berbayar mereka yang tidak berapa popular di pasaran sekarang. Perisian antivirus percuma itu nanti akan dikenali dengan code-name nya Morro.

Menurut Microsoft, perisian itu akan menggunakan lagi sedikit dari sumber sistem. Bermakna ianya sesuai juga kepada komputer yang mempunyai tahap pemprosesan yang rendah dan talian internet bandwidth rendah. Walaubagaimana pun, setelah anda cuba sendiri nanti baru akan dapat merasai tahap kesesuaiannya dengan komputer anda insyaALlah.

Mungkin sudah hampir tiba masanya untuk anda mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada Mcafee, Symantec, AVG, Bitdefender, Avira dan sebagainya. Dan saya rasa mungkin akan berlaku satu perubahan yang ketara sekali dalam dunia antivirus mulai pertengahan tahun hadapan. Sama2 kita saksikannya nanti insyaAllah.

Maka kepada yang ingin menggunakan perisian antivirus yang servisnya menyeluruh dan boleh di download secara percuma maka bersedialah untuk menukar penggunaan antivirus nanti. Tetapi anda sendiri yang mesti menanggung risiko sama ada ianya lebih baik atau lebih tak berapa baik. All the best :)

0 pandangan anda:

Related Posts with Thumbnails