Jan 11, 2009

Adab Isteri Dengan Suami

Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;

-SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita.
-MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya.
-MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu)
-JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri.
-JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain.
-JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain.
-JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka.
-JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain.
-Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka.
-Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI, ORANG TUA serta keluarga suami.

0 pandangan anda:

Related Posts with Thumbnails