Jan 19, 2009

Syaitan...

9 tYpE oF $ya!+aN

peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang
ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin
selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat
yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga
ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak
syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat. Menggodasupaya manusia
berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah
supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan
rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
menghampiri orang yang berada di tempat-tempat
maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada
minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg
sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan
glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan
fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg
mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK
KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika
tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan
rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami
bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera
dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga
lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan
menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembah api/matahari.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tapi skarang, muncul la plak cucu setan yg cuba
merosakkan umat manusia. mereka ni sedaya
upaya menyesatkan dan merosakkan tubuh bdn
manusia kerana manusia nie terlalu lemah
nafsunye.
nie la list baru setan2 yg kurang diajar....


10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.
Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore,
Beijing &.....

Melalaikan manusia bershopping
sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg
lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai
berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya
amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai
masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan
tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah
hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk
masak kari dan masak lemak.

Ha..tapi tak tau..banyak santan ni, naik arr
kolesterol pastu dpt
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit
jantung..

0 pandangan anda:

Related Posts with Thumbnails