Blog aku ni jrg aku jadikan medium sebagai diari,,asyk bnyk copy paste je,,huhuhu..tapi kali ni aku nak flashback kenangan yang sempat aku ingat.
Mesir.
16/9/2002 aku bertolak dr klia ke mesir untuk menuntut ilmu Allah s.w.t yang maha luas.Mula menjadi salah seorang dr jutaan pelajar Universiti Al-Azhar.Walaupun bergelar pelajar maahad Shoubra,malah di etek2 kan oleh peljar kuliah..malah aku ingat ayat ni.."Alah,,shoura..sonang yo...@shoubra boleh la... dan mcm2 lagi,,(kalau bebudak shoubra baco ni,,diorang mesti ingat petikan ayat ni)tapi realitinya mempelajari ilmu Al-Quran ini besar syafaatnya,,Asyrafal Ulum..
10/1/03
Semasa di Mesir juga aku terima kehilangan seorang yang begitu berjasa,,yang menjadi ketua keluarga,yang mula2 memperknalkan apa itu agama,Allah,rasulullah saw,sembahyang dan segala ilmu..Arwah ayahku Haji Osman Bin Kamit
Merasai alam remaja di sebuah negara yang jauh berbeza dengan buaya,cuaca cara hidup banyak memberi pengalaman bermakna,,kehidupan kami di sana hanya di temani rakan2,,masa itulah segala budi,jasa,perangai dan pengorbanan dr org2 di sekeliling aku membuatkan rasa betapa hidup ini perlukan teman. Tak lupa juga pengalaman merasai cinta,,tapi semuanya hanya tinggal kenangan,,syahdu la plk...
walaupun beberapa tahun di Mesir,aku ttp rasa terkilan tidak dapat mempelajari seberapa banyak ilmu yang terdapat di sana,,benar kata Imam Syafie..tulluz zaman,,menuntut ilmu ini antara syaratnya memerlukan masa yang lama..
Kini aku dah pun berada di Malaysia,kembali ke kampung halaman ku,,Felda Serting Hilir 5..Menjadi Ustaz di MRSM Serting..
PalEq
Feb 9, 2009
Sedikit Imbas kenangan
Post by MOHAMMAD SHOLIHEEN BIN OSMAN at 3:22:00 PM
0 pandangan anda:
Post a Comment