PENGENALAN
Toyota, Nissan, Honda, General Motor, Ford dan Chrysler – adalah nama nama pembuat kereta terbesar dalam alam ini. Semuanya bungkus.
Eropah dalam krisis yang maha hebat. Di Iceland duit tidak laku lagi. Negara kecil ini telah jatuh muflis.
Obama baru sahaja berucap meminta lebih dari 3 trilion dolar untuk memulihkan ekonomi Amerika. .
Hillary Clinton telah datang ke China minggu lalu untuk meminjam duit dari China.
Di China – kilang kilang semakin banyak di tutup. Angka resmi buruh hilang pekerjaan telah melintasi 26 juta – seperti seluruh warga Malaysia tanpa mata pencarian – ini angka resmi. Angka tidak resmi mungkin lebih besar.
Sepanyol yang gempak hebat sebagai penjana ekonomi Eropah 3 tahun dahulu dengan industri membuat rumah kini sudah tenat. Berpuluh ribu telah hilang pekerjaan.
Dubai yang angkuh dengan – kegilaan – membuat hotel dan gedung membeli belah kini jatuh muflis. Dubai sekarang ini telah menjadi museum untuk sesiapa yang ingin melihat crane dan jentolak terdampar tidak bergerak lagi.
Singapura dan Taiwan telah mengambil langkah untuk memberi warga duit agar dapat berbelanja.
Rusia dan Eropah Timur sedang dalam kesakitan. Warga kini bernostalgia dengan hari hari dimana kehidupan mereka terjamin ketika negara di bawah sistem ekonomi sosialis.
German – ekonomi terkuat di Eropah kini sedang sakit tenat.
Britain semenjak di pukul hebat oleh gerakan pembebasan dari negara-negara tanah jajahan pada tahun 50-60’an hanya tinggal dengan nostalgia – Great Britain.
Ini bukan krisis ekonomi. Krisis ini ialah krisis kapitalisma. Yang menghadapi krisis ialah sistem ekonomi kapitalis itu sendiri. Jika TIDAK memahami hakikat ini maka segala langkah untuk membawa kebaikan akan gagal.
Dari minggu ini setiap pagi Obama akan menerima laporan CIA tentang suasana ekonomi dunia.
Dari sejarah pekembangan kapitalisma – apabila dalam krisis maka kaum pemodal akan memulakan perang. Perang Dunia Pertama ( 1916) kerana krisis ekonomi di Eropah. Perang Dunia KeDua kerana zamam meleset di Amerika ( 1929) dan krisis kapitalisma juga di Eropah.
Perang di Iraq dan Afghanistan masih berterusan. Ianya sedang merebak ke Pakistan. Riak-riak perang di sana sini. Timur Tengah dengan Isreal sebagai punca perang – terus mengancam negara-negara Arab. Iran dan Korea Utara sedang dipinggirkan.
Feb 28, 2009
WASPADA KRISIS EKONOMI YANG AKAN MELANDA
Post by MOHAMMAD SHOLIHEEN BIN OSMAN at 1:17:00 AM
0 pandangan anda:
Post a Comment