Apr 21, 2008

Rahsia Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang

Apr 18, 2008

Sinar cahaya ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahalanabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…

Apr 15, 2008

Amalan mencari barang yang hilang...

sekadar memanjangkan
Assalamua'laikum semua,Insya-Allah saya nak berkongsi 2 perkara utama yang sering menjadi isu utama di dalam masyarakat kita sekarang ini, iaitu kes-kes kehilangan orang yang tersayang harta benda dan macam2 lagi..InsyaAllah ilmu yang saya temui daripada Darussyifa' Online oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ini dapat sama-sama kita mengamalkannnya

http://www.ziddu.com/download/2396793/Kaifiat_Mengembalikan_Barang_Hilang_Iss1.pdf.html

Apr 11, 2008

Bulan terbelah..bukti kebenaran mukjizat Rasulullah s.w.t




Apr 10, 2008

BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN?

Andaikan pada 6:15 pm, anda memandu pulang (tentu sekali seorang diri)selepas kesukaran luarbiasa di tempat kerja. Anda benar2 letih dan kecewa……Anda benar2 tertekan dan terkejut….Tiba2 anda mengalami kesakitan teruk di dada dan mula merebak hingga lengan dan tulang rahang. Ketika itu anda berada hanya 5 km saja dari hospital terdekat, malangnya anda tak pasti samada sempat sampai di sana atau tidak.Apa perlu anda lakukan ???

Anda telah dilatih melakukan CPR, tetapi tidak diajar bagaimana hendak melakukannya pada diri sendiri?

BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN?
Kebanyakan orang sedang bersendirian ketika serangan jantung. Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil akan mula pitam, hanya 10 saat sahaja sebelum tidak sedarkan diri.
APA NAK BUAT?

JAWAPAN:Jangan panik, sebaliknya batuk lah berulangkali dengan kuat dan bersungguh2.. Tarik nafas dalam2 sebelum batuk, dan batuk sedalam2 dan sepanjang2nya seperti hendak mengeluarkan kahak dari jauh dalam dada. Tarikan nafas dan batuk perlu di ulang tiap 2 saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung kembali normal.Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paru2 manakala pergerakan dari batuk akan menekan jantung seterusnya mengekalkan peredaran darah.

Himpitan dan tekanan pada jantung juga membantu mengembalikan degupan yang normal. Dengan cara ini mangsa serangan jantung sempat ke hospital.

Apr 9, 2008

Font Jawi

Untuk kegunaan bersama...

Masalah bagi mereka yang menaip Jawi..memerlukan font Jawi..
Klik link di bawah untuk download Font Jawi

#File : http://www.ziddu.com/download/2478781/fontjawi.zip.html

Related Posts with Thumbnails