Mar 29, 2009

Maqam Rasullah s.a.w

5 perkara yang setiap orang inginkan...

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.
Sabda Nabi Muhammad SAW

"Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak"

Wallahualam

Mar 21, 2009

Semoga Sejahtera kamu di sana...




"Ketua Penerangan DPPN9 yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Tampin, Negeri Sembilan, Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin telah kembali menemui ALLAH, jam 11.20 malam (Khamis) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Disyaki akibat demam denggi

Pemergian almarhum adalah satu kehilangan besar bagi Pemuda PAS Negeri Sembilan kerana ketokohan dan sifat kepimpinan beliau. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh nya dan ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin. "
sumber - tranungkite


Abg K.A..rakan sebilik aku di Tingkat 8 BAKANS dulu,,seorang yang baik,jujur,menghormati org dan mempunyai semangat yang tinggi dalam meneruskan usaha dakwah..banyak kenangan yang tidak mungkin kami lupakan..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau..

Al-Fatihah.

Mar 17, 2009

Urutan Cakar Harimau

TEKNIK CAKAR HARIMAU





1)langkah pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2)Langkah kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ....

3)langkah ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

4)Langkah keempat & 5)Langkah kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.


Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.


6) langkah enam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7)Langkah ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8)langkah 8 Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami.

Mar 16, 2009

HAPPY BIRTHDAY PALEQ!!!

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN KU SENDIRI YANG KE 27.........16 MAC 2009..

Mar 13, 2009

Tahniah Maahad Muhammadiah Lil Banat..

KOTA BHARU 12 Mac – Seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat sejarah dalam pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperoleh A dalam 20 mata pelajaran yang diambil.

Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu yang bercita-cita menjadi ahli fizik itu memperoleh 19 1A dan 1 A2.

Dia berusaha mengambil kesemua mata pelajaran itu dengan alasan untuk mencabar keupayaan dirinya sendiri dalam menimba ilmu pengetahuan. - Utusan

Tahniah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, terbukti pelajar Sekolah Menengah Agama pun boleh cemerlang dalam akademik.

Malangnya beritanya ringkas sangat, tidak keluar di headline dan tiada liputan besar-besaran macam adik Amelina dulu yang dapat 17A1. Kenapa ek? Sebab sek Men Agama ke?Sebab kelantan ke? Tahun lepas seorang pelajar sek men Agama dapat score 21 A..pun x deliputan seluruh negara...ehm...nape ye???

Mar 12, 2009

SELAMAT BERCUTI ANAK-ANAK MURIDKU..

Esok 13/3/2009 adalah hari yang dinanti2 dek bebudak sekolah,,mano tak ee,,cuti la katakan,,zaman aku sekolah dulu pun macamtu,,seronok abis,,malam tu mesti tak tido punyo,,menconteng muke bebudak junior,,hahaha,,seronok beb pedajal org,,tapi kini tak lagi,,cuti ke,sekolah ke,,same je,,buat student2 aku di MRSM,Ustaz ucapkan selamat bercuti,,jaga diri bebaik..jgn tinggal solat,jgn buat bende2 yang mudharatkan diri mcm merempit,dating and others..Kami akan menjadi tuan rumah sambutan PUM peringkat kebangsaan bulan ni,,so cikgu2 x dapat cuti penuh la,,kesian diorang,,aku,amin,shah dan Hasrini selamat la kejap coz kene sambung DPLI..di samping tekanan dr saudara kita,kerja still hard working,,nak buek camno,,da namo pun kojo yo tak,,Amin,shah,suhaimi,shahir dan bakal menyusulaku dan Azhar telah dan akan menghantar permohonan pertukaran,,masing2 ade sebab masing2..aku try Kolej Mara Seremban,,jgn di hantar nye ke Serawak dah..Result SPM da keluar tadi,,khabarnya result agak jatuh berbanding tahun lepas..ehm,,menjawab le sesape yang terlibat..buat pelajar2 yang sedang belajar,,ingat,,kecerdikan,kebijaksanaan tidak menjamin kecemerlangan kalian,,adab,doa,barakah juga memainkan peranan penting..ape2 pun,tahniah buat pelajar2 yang mendapat result yang cemerlang..semoga kalian terus berjaya hingga ke kemuncak..jgn ade yang jadi artis sudah.......

Mar 9, 2009

Salam Maulidurrasul 1430 H

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama… Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai? Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

OK?
berapa banyak?
Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula… Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”. Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

P/s:
Ntah betul ke tak fakta ni tapi aku kira ada 2 ajer hohoho..nampak sangat cuai.

TErcerna Sirna Sang Buana..

Sebulan lagi genap setahun aku bersama MARA..kejap sgt masa berlalu,pejam celik pejam celik da dekat setahun..Sistem,visi,misi MRSM Serting tetap seperti mana yang yang tertulis di dinding,RPH kami..setiap hari mengembeling tenaga memberikan yang terbaik untuk anak2 didik,,mengorbankan masa,tenaga dan segala yang termampu untuk mencapai objektif..cuma....

kebelakang ini ada perubahan yang sebetulnya memang betul dan perlu..memang sudah menjadi tanggungjawab dan amanah..terasaseperti diperhatikan,dicari kesalahan dan dinilai setiap pergerakan..bak kata aku tadi mmg ini betul,,memang ini perlu,,cuma ia akan meninggalkan sekelumit perasaan yang tidak berapa seronok..bukan menyalahkan,bukan menidakkan,,tapi 'perkara-perkara' yang dikuatkuasakan ini ada meninggalkan pandangan serong beberapa pihak..dan disokong pula beberapa permohonan pertukaran,,kebetulan mungkin,,apa2 pun hidup mesti terus,,protokol mesti di patuhi..

Inilah kehidupan seorang Pendidik MRSM...

Menafsir Mimpi Melalui Al-Quran..??

Pada suatu hari, Mahdi Al-Abbasi bermimpi wajahnya menjadi hitam legam. Setelah terbangun, dia merasa resah dan gelisah. Tanpa menunggu lebih lama lagi, dia memanggil para penafsir mimpi dan menanyakan takwil mimpi yang dilihatnya semalam. Semuanya angkat tangan sebagai tanda ketidakmampuan mereka untuk melakukannya. Tapi mereka semua mengusulkan seorang penafsir terkenal di masa itu, Ibrahim Al-Kermani. Kemudian petafsir mimpi tersebut diundang.

Setelah penafsir mimpi tersebut hadir di majlis, khalifah menuturkan mimpinya. Ibrahim berkata:”Janganlah anda merasa khuatir, kerana tafsir mimpi ini begitu baik buat anda. Allah swt akan menganugerahkan seorang puteri.” Khalifah berkata:” jangan bergurau, dari mana engkau mengetahui tafsiran tersebut, jangan-jangan engkau mengatakan hal itu untuk menghibur dan menenangkan hatiku saja?” Ibrahim menjawab:” Aku mendapatkannya dalam wahyu tuhan.

وَ اِذا بُشِّرَ اَحَدُهُمْ بِالاُْنْثى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدّاً وَ هُوَ كَظيمٌ

"Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan ( kelahiran ) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah".(An-Nahl; 58).

Mahdi al-Abbasi merasa senang dan memerintahkan untuk memberikan hadiah kepada Ibrahim sebanyak 10 ribu dirham. Dan setelah beberapa bulan berlalu, Allah menganugerahkan Mahdi al-Abbasi seorang puteri. Sekali lagi dia memberikan hadiah kepada Ibrahim Al-Kirmani sebesar 10 ribu dirham.

Jom Kenali Nabi s.a.w

Rasullulah s.a.w

GOLDZHIHER, seorang orientalis terkenal menyatakan: "Tidaklah menghairankan jika Muhammad menjadi seorang Nabi, kerana Isa dan Musa juga nabi. Sesungguhnya yang menghairankan adalah beliau menetap selama 40 tahun di Makkah tanpa belajar sama sekali di sekolah atau berguru dengan seorang guru. Kemudian setelah 40 tahun, beliau tiba-tiba berubah menjadi seorang pemberi fatwa terhebat, pensyarah ternama di mimbarnya, orang yang paling petah bercakap, pemimpin serta pendidik teragung di dunia ini. Inilah yang paling menghairankan mengenai Muhammad.”

Setiap bangsa pasti memiliki tokoh dipuji dan menjadi inspirasi bagi generasi selepasnya. Kesan peninggalan mereka menjadi sumbangan yang amat bererti untuk kemajuan bangsa dan negara.

Kisah hidup mereka dibukukan, idea dijadikan panduan dan kekentalan semangat mereka menjadi obor optimisme yang sentiasa membakar jiwa generasi baru. Umat Islam di seluruh dunia yang lahir daripada pelbagai etnik budaya dan bangsa sepakat untuk mempunyai seorang yang teragung untuk diikuti. Beliau adalah rasul yang amat dicintai, Muhammad SAW.

Tidak ada seorang manusia pun di bumi ini apabila kita menyebut namanya, mampu melonjakkan revolusi kemanusiaan. Kita berubah menjadi manusia yang bersemangat maju untuk mentadbir alam ini dengan jawatan sebagai Khalifatullah fil Ard. Inilah cetusan himbauan seorang politikus paling ulung, pentadbir negara dan pemimpin seluruh umat di dunia, Muhammad SAW.

Begitulah rahsianya mengapa kita disuruh untuk berselawat ke atas Nabi SAW. Selawat umpama suntikan yang mengandungi kekuatan cinta dan rindu yang mengusik jiwa. Ia mencerahkan wajah, mengukuhkan hentakan kaki dan tangan. ia juga menajamkan akal fikiran dan merubah hidup anda menjadi tertumpu pada perjuangan. Untuk umat, bangsa dan negara!

Selawat adalah bisikan kasih yang mengikrarkan janji manis untuk menjadi setia, reda dan taat. Bukan sekadar hiasan pada bibir, pemanis mulut dan menunjuk riak pada sesama hamba.

Untuk apa selawat jika kenangan kita pada Rasulullah SAW hanya sekadar mengharap pahala yang sepuluh! Sedangkan pada masa sama kita melupakan cita-cita Baginda. Kita meninggalkan perjuangan sunnahnya, membiarkan umat ini mati jiwa dan minda. Sibuk memecah belah perpaduan, suka menyalahkan golongan lain dan hanya memuji golongannya sendiri.

Fenomena Pelajar kita di UK

Fenomena pelajar Malaysia di UK duduk satu rumah bercampur antara lelaki perempuan adalah perkara biasa. Ada yang campur serumah sesama orang Malaysia dan ada juga campur serumah dengan pelajar internasional.

Satu rumah bersama lelaki Afrika dan Sepanyol, campur perempuan Jerman dan ada gadis Melayu. Tiada siapa yang hendak sibuk membuat laporan kepada ibu bapa mereka di tanahair. Di sini tiada pasukan pencegah maksiat ataupun ustaz yang sukarela memberikan pemantauan terhadap hal ini.

Alasan yang paling mudah ialah 'darurat'. Entah ustaz atau ulama mana yang buat hukum sedemikian. Namun, rata-rata menjadikan alasan 'darurat' itu sebagai satu jalan mudah duduk satu rumah bercampur lelaki dan perempuan. Latar belakang pendidikan agama seperti sekolah agama atau dari keluarga orang yang dihormati seperti anak haji atau ustaz bukanlah satu jaminan untuk menghalang fenomena ini berlaku.

Memang mereka bukan berniat untuk tinggal bercampur tetapi kebanyakan mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelak hal itu berlaku.

Darurat

Penggunaan istilah 'darurat' sering digunakan bagi mengesahkan semua tindakan. Seperti buka tudung bagi pelajar perempuan kerana khuatir keselamatannya diancam kerana konon wujudnya sentimen anti-Islam di sini. Makan daging yang tidak disembelih oleh orang Islam. Tidak sembahyang Jumaat kerana ada kelas. Cuma satu sahaja yang mungkin tidak dibuat: makan babi! Itupun barangkali kerana orang Melayu sudah dididik membenci babi sejak kecil lagi.

Alasan lain adalah kerana untuk menjimatkan duit perbelanjaan. Meskipun pihak kerajaan memberikan elaun yang mencukupi tetapi sering dijadikan alasan untuk menyatakan sebaliknya. Sesetengahnya mengatakan duduk bercampur satu rumah samalah seperti tinggal dalam satu hotel. Macam-macam alasan yang diberikan. Semuanya untuk mengesahkan tindakan mereka tinggal bercampur lelaki perempuan dalam satu rumah sebagai tidak salah.

Aku percaya, mereka tidak akan buat perkara itu jika berada di Malaysia. Mungkin kerana cara itu tidak diterima dalam budaya tanahair. Ia seperti lebih kepada faktor budaya dari faktor agama. Jika faktor agama, mereka tidak akan berbuat demikian. Seolah-olah agama Islam hanya sesuai diamalkan di sesetengah tempat.

Jika berkesempatan menonton rancangan televisyen 'Friends', itulah gambaran kehidupan remaja dan anak-anak muda di Barat. Mereka yang berumur melebihi 17 tahun ke atas bebas daripada kawalan ibu bapa mereka. Mereka boleh tinggal serumah dengan teman lelaki atau perempuan mereka. Itu adalah jaminan dalam undang-undang mereka.

Mereka boleh berkeluarga dan mempunyai anak tanpa nikah. Yang perlu mereka mendaftarkan nama kepada Majlis Perbandaran (City County) sebagai pasangan untuk mendapatkan beberapa faedah (benefit) kebajikan daripada kerajaan seperti elaun anak, elaun susu dan sebagainya.

Selain itu, ada faktor lain yang menyebabkan fenomena itu berlaku. Antaranya nasihat dan pandangan daripada beberapa pelajar senior yang memesongkan pemikiran mereka. Memang yang datang belajar ke UK ini kebanyakannya bijak, IQ tinggi dan pintar belaka. Namun, itu tidak memadai untuk menjadi pendinding kepada budaya baru yang memuja kebebasan.

Bijak mereka bukan pada memahami hakikat kehidupan beragama tetapi kepada mata pelajaran sahaja. Mereka kalah dengan 'hujah bodoh' sesetengah pelajar senior. Oleh kerana mereka orang baru, kebanyakan 'nasihat bodoh' akan ditelan tanpa so
al jawab. Kejutan budaya menyebabkan sesetengah pelajar muda terperangkap kepada kekeliruan yang merosakkan diri mereka.

Asrama Campur

Sesetengah universiti, tidak ada konsep asrama yang berasingan antara lelaki dan perempuan. Bagi mereka, tiada perbezaan antara lelaki dan perempuan. Ini mungkin hasil daripada perjuangan hak sama rata tanpa mengenal gender. Satu rumah yang berkongsi bilik air, ruang tamu dan dapur biasanya untuk lima atau enam orang.

Setiap orang mempunyai bilik yang berasingan. Hampir semua rumah di UK terdapat hanya satu bilik air sahaja meskipun rumah tersebut mempunyai tiga atau empat bilik. Ada yang menyebut macam filem P. Ramlee, �Pendekar Bujang Lapuk�. Mereka tinggal satu rumah tetapi diasing-asingkan dengan bilik. Paling tidak dalam filem itu, si Bujang Lapuk tidak boleh berbuat sewenang-wenangnya kerana ada Pendekar Mustar yang mengawal rumah tersebut.

Tiada larangan untuk pelajar lelaki masuk ke bilik pelajar perempuan begitu juga sebaliknya. Mereka melayan lelaki dan perempuan sama. Oleh itu, mereka bebas untuk datang ke bilik kawan meskipun pada malam hari. Tiada siapa yang melarang. Semua sudah besar panjang dan bijak pandai.

Tidak ada yang sibuk menjaga tepi kain orang. Yang penting kawan serumah itu tidak mengganggu ketenteraman dan keselesaan dirinya untuk belajar di bilik mereka. Jika tidak, mereka boleh lapor kepada pihak universiti. Biasanya tindakan akan dibuat oleh pihak universiti atas alasan mengganggu orang lain.

Kadangkala mereka berasa susah hati kerana terpaksa berkongsi satu peti ais dengan penghuni lain yang menyimpan babi dalam peti tersebut. Bayangkan ayam halal bercampur dengan daging babi dalam satu peti ais.

Walau bagaimanapun, setiap pelajar mempunyai hak untuk memohon rumah yang tidak bercampur antara lelaki dan perempuan. Itu bergantung kepada kekosongan ataupun budi bicara pihak pengurusan penginapan universiti.

Ramai ibu bapa di tanah air tidak mengetahui keadaan kehidupan anak mereka di sini. Bahkan, jika mereka mengetahui anak mereka duduk bercampur, mereka mungkin diberikan pandangan yang mengelirukan oleh anak-anak mereka di sini. Akhirnya, ibu bapa di tanah air seperti terpaksa �merestui� keadaan anak mereka. Ibubapa diyakinkan bahawa keadaan mereka benar-benar darurat, terpaksa dan tiada pilihan.

Kadang kala akupun pelik juga, ada juga ibu bapa yang membenarkan anak mereka tinggal bercampur. Mungkin kerana jiran mereka tidak tahu atau kawan-kawan satu kampung tidak tahu. Jika tahu, tentu mereka akan malu. Maknanya, mereka hanya malu pada jiran atau rakan-rakan sekampung, satu pejabat atau setaman mereka.

Satu perkara yang menarik di UK adalah masyarakat mereka amat menghormati cara hidup dan kepercayaan termasuklah agama seseorang, termasuklah Islam. Malangnya, terdapat juga sebilangan orang Islam yang malu untuk berfikiran dan bertindak sebagai seorang Muslim. - tajdid_

Mar 8, 2009

Mar 4, 2009

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahualam

Related Posts with Thumbnails