Apr 4, 2010

RuQyah Syariah,,pendinding diri



Ruqyah syariah bermaksud ayat-ayat di dalam Al-Quran yang dibacakan kepada seseorang untuk mengubati penyakit, menghilangkan gangguan jin atau sihir, perlindungan diri/harta benda atau sebagainya. Ayat-ayat Al-Quran ini berasaskan daripada doa dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

Yakinlah bahawa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling efektif untuk menghilangkan sesuatu penyakit adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :


Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman."
( QS. Fushshilat : 44 )
"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman."
( QS. Al-Isra' : 82 )


Oleh itu, di sini saya sertakan beberapa potong ayat ruqyah sebagai ikhtiar penyembuhan dari pelbagai penyakit. Ayat tersebut hanyalah sebagai ikhtiar dalam rawatan dan doa. Marilah kita beriktikad bahawa kesembuhan yang hakiki datangnya dari Allah SWT jua. Allah berkuasa makhluk tiada kuasa.




1) Surah al-Fatihah


2) Surah al-Baqarah (Ayat 1-5)


3) Surah al-Baqarah (Ayat 102) ulang beberapa kali.


4) Surah al-Baqarah (Ayat 163-164)


5) Surah al-Baqarah (Ayat 255)


6) Surah al-Baqarah (Ayat 285-286)


7) Surah Ali Imran (Ayat 18-19)


8) Surah al-A'raf (Ayat 54-56)


9) Surah al-A'raf (Ayat 117-122)


10) Surah Yunus (Ayat 81-82)


11) Surah Toha (Ayat 69)


12) Surah al-Mu'minun (Ayat 115-118)


13) Surah as Shoffat (Ayat 1-10)


14) Surah al-Ahqof (Ayat 29-32)


15) Surah ar Rahman (Ayat 33-36)


16) Surah al Hasyr (Ayat 21-24)


17) Surah al-Jin (Ayat 1-9)


18) Surah al Ikhlas


19) Surah al Falaq


20) Surah an Nas

Gejala Gangguan Jin

Gejala Ketika Tidur :


-Sukar tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi seram.
-Selalu kena tindih.
-Mimpi melihat binatang seperti ular,anjing,serigala,tikus dan sebagainya.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit ketika tidur.
-Berjalan ketika tidur.
-Mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di tempat kotor atau perkuburan.
-Mimpi melihat makhluk yang menakutkan.
-Mimpi bayi atau budak kecil.
-Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya.
-Mimpi menyusukan bayi.


Gejala Ketika Jaga :


-Kerap sakit kepala
-Sakit belakang.
-Sering lesu dan malas.
-Malas beribadat.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Nampak 'benda' pelik.
-Rasa macam diperhati.
-Nampak lintasan.
-Dengar bisikan.
-Jiwa kacau dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Sentiasa mengantuk terutama di majlis ilmu.
-Ragu-ragu tentang iman.
-Mudah marah dan panas baran.
-Haid lebih 15 hari.
-Ada pergerakan di bawah kulit.
-Takut atau berdebar-debar tanpa sebab.
-Ada masa tak suka pada pasangan.
-Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
-Kuat berangan.
-Nafsu seks yang melampau.
-Sakit dada selepas waktu asar ke atas

Pentingnya Bersugi...



Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta”
( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).





Fadhilat Miswak

"Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkan
kesukaran maut.Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)



Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)


Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)



Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam
penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada
perut ke arah mulut.Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan.Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki
perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.



Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak mempertajamkan ingatan."


Subhanallah, Maha suci Allah… sungguh indah dan sempurna agama yang diturunkan-Nya, sungguh mulia hukum-hukum yang disyariatkan-Nya, karena tak ada satupun dari apa-apa yang diturunkan-Nya dan apa-apa yang diciptakan-Nya kecuali pasti ada manfaat dan hikmahnya.


Kesempurnaan islam ini benar-benar tiada bandingannya oleh agama-agama selainnya. Diantara kesempurnaan Islam adalah syariat bagi ummatnya untuk menjaga kebersihan dan kesihatan, seperti kewajiban istinja’ setelah buang air, mandi janabat setelah junub, bahkan banyak sekali hikmah-hikmah syariat yang tersingkap dalam ajaran islam yang telah dibuktikan oleh sains moden, seperti khasiat madu, habbatus sawda’, minyak zaitun hingga ‘si kayu ajaib’ siwak yang bermanfaat bagi kesihatan gigi dan gusi.


Setelah kedatangan islam, Rasulullah s.a.w menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda : “Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi). Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah s.a.w adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesihatan gigi.


Sesunguhnya amalan sunnah Rasul sesuai diimplementasikan pada semua zaman. Bukan sunnah yang mengikut zaman, tetapi zaman lah yang mesti mengikut sunnah. Kepada yang nak amalkan kayu sugi tetapi malu atau tidak tahu menggunakannya maka digalakkan kita keluar jalan Allah s.w.t. InsyaAllah akan diberikan kekuatan untuk tangkis perasaan malu untuk melakukan kebaikan dan amal sunnah. InsyaAllah kita semua sedia! Dalam sunnah ada kejayaan tuan-tuan.

Mar 30, 2010

Doa Angin Akhmar

PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar, Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.








Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

aku..blog..dan wad..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,,dengan izin Allah yang maha Perkasa lagi Maha Gagah Perkasa,aku dapat membetulkan semula kerosakan yang timbul pada blog ini..tahun ini masuk tahun yg ke 3 aku menceburi bidang per"blog"an..dapat mempelajari sedikit sebanyak selok belok java script,html dan sebagainya.

Tempohari,aku keluar dr wad.Hospital Besar Melaka.Ditahan wad atas sebab Hipertensi atau bahasa kampungnya,,DARAH TINGGI..Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini,,apa2 pun muhasabahnya,,JAGALAH AMANAH ALLAH SEBAIKNYA~~

Insyallah akan disambung kemudian..

Muhammad Sholiheen Osman
Kuaters Warden,
Mrsm Gemencheh

Feb 12, 2010

TAHNIAH ADIK NUR AMALINA MUHAMMED

TAHNIAH KEPADA ADIK NUR AMALINA BTE MOHAMED 10122 DARI KELAS 101 KERANA TELAH TAMAT TASMI' JUZUK 1 PADA HARI INI.ADIK AMALINA INI BERADA DI BAWAH BIMBINGAN USTAZ RAZALI(PENYELARAS PUA)..REKOD KE 2 SELEPAS ADIK ZAKARIA YG TAMAT JUZUK 1 DALAM MASA 2 MINGGU..SEMOGA ADIK2 YANG LAIN PUNYAI SEMANGAT YANG BERKOBAR2 DALAM MENGHAFAZ KALAM ALLAH,,SELAIN MENGHAFAZ AL-QURAN,ADIK2 DIGALAKKAN MEMAHAMI TAFSIRANNYA SEKALI..BARU LA KITA DAPAT MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB YANG BENAR2 BERKUALITI..,TAHNIAH SEKALI LAGI DR UNIT PEN.ISLAM..

PENYELAS P.U.A

Jan 10, 2010

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak
Untuk melahirkan kanak-kanak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang dan bersifat rabbani, maka mereka seharusnya menerima pendidikan menyeluruh dan seimbang. Jesteru itu para pendidik (murabbi) dalam menyediakan bahan-bahan pendidikan mereka hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup sebagai manusia.

Antara silibus pendidikan-pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah:

1. Pendidikan Keimanan (Pendidikan Imaniyah)

1.1 Pendidikan Keimanan kepada Allah

1.2 Pendidikan Jiwa dengan akhlak mulia (Sifat Al-Hikmah, Sifat Al-Iffah, Sifat Asy-Saja’ah, Sifat Al-Adalah)

2. Pendidikan Kerohanian (Pendididikan Ruhaniyyah)

3. Pendidikan Aqal (Pendididikan Aqliah)

4. Pendidikan menanamkan kemerdekaan Jiwa (Pendididikan Nafsiah)

5. Pendidikan Kesihatan Jasmani (Pendididikan Jismiah)

6. Pendidikan Pergaulan (Pendididikan Ijtima’iah)

7. Pendidikan Pergaulan Antara Jantina (Pendididikan Jinsiah)

8. Pendidikan Kemahiran.

Tambahan & Perincian


Pembinaan Akhlak

Asas pertama : Adab (Sopan-santun)

Asas kedua : Jujur

Asas ketiga : Menjaga rahsia

Asas Keemapat : Amanah

Asas Kelima : Lapang dada dan tidak dengki

Pembinaan Perasaan

Asas pertama : Kucupan dan kasih sayag kepada anak

Asas kedua : Bermain dan bercanda dengan anak

Asas ketiga : Memberi hadiah dan saguhati kepada anak

Asas Keempat : Membelai kepala anak

Asas kelima : Menyambut anak dengan baik

Asas keenam : Mengambil tahu keadaan anak dan menanyakannya

Asas ketujuh : Perhatian dan jagaan khusus kepada anak perempuan dan anak yatim

Asas kelapan : Seimbang(adil) dalam memberikan kecintaan kepada anak tanpa berlebihan dan pengabaian.

Pembinaan Keilmuan dan Pemikiran

Asas pertama : Menanamkan kecintaan kepada ilmu dan adab-adabnya kepada anak.

Asas kedua : Memberikan tugas menghafaz sebahagian dari ayat-ayat al-Quran dan hadith.

Asas Ketiga : Memilihkan guru dan sekolah yang baik bagi anak

Asas keempat : Mengajarkan bahasa arab kepada anak

Asas Kelima : Mengajarkan bahasa asing kepada anak

Asas keenam : Membimbing anak sesuai dengan kecenderungan ilmiahnya

Asas Ketujuh : Perpustakaan Rumah dan pengaruhnya bagi pembinaan keilmuan anak.

Asas kelapan : Kisah para ulama salafus soleh dalam menuntut ilmu kecil


Pembinaan Dorongan Syahwat

Asas pertama : Anak harus minta izin bila hendak masuk ke bilik Ibubapa

Asas kedua : Membiasakan anak agar menundukkan pandangan dan memelihara aurat.

Asas ketiga : Memisahkan tempat tidur anak dengan saudaranya.

Asas Keempat : Tidur dengan berbaring di sisi kanan dan tidak tidur telungkup

Asas Kelima : menjauhkan anak dari bergaul dengan lawan jenis

Asasa Keenam : Anak mulai dewasa harus belajar kewajipan-kewajipan mandi dan sunah-sunahnya.

Asas Ketujuh : Menjelaskan bahagian awal surah an-nur kepada anak yang mulai dewasa

Asas Kelapan : Pendidikan seks bagi anak yang sudah dewasa dan melarang berbuat kekejian (zina).

Asas Kesembilan : Pernikahan awal

Kaedah-kaedah mendidik anak menurut nabi saw

Asas-asas kaedah yang harus dipengangi oleh kedua ibubapa dan para pendidik

1. Keteladan yang baik

2. Waktu yang tepat memberikan bimbingan

3. Bersikap adil dan sama terhadap sesama anak.

4. Memenuhi hak-hak anak

5. Mendoakan anak

6. Membelikan alat permainan untuk anak

7. Membantu anak untuk berbuat baik dan patuh.

8. Menjauhi banyak mencela.

Asas-asas kaedah pemikiran yang berpengaruh terhadap pemikiran anak

1.Membawakan kisah
2.Bercakap secara langsung
3.Bercakap kepada anak sesuai mengikut kemampuan akalnya.
4.Perbincangan yang dingin
5.Kaedah pengalaman praktis
6.Mengajarkan keperibadian nabi untuk diteladani.

HIJRAH LAGI....

Setelah kian lama blog ini kubiarkan sepi tanpa sebarang khabar,kini minda dan jiwa ku meruntun untuk menekan kekunci di notebook ini bg mengisi ruangan 'new post' yg sudah bersarang lelabah dek lama tiada berisi...
Zuriatku yg kedua kini beusia 4 bulan..sudah mula pandai mengagah,tertawa dan sudah punya minat pada pergerakan sekeliling.Anak ku yang sulung pula sudah menjangkau usia 2 tahun,Uwais Al Qarni.
1 April 2008.detik bermakna buat diriku sekeluarga.Tarikh keramat yang menjadi titik tolak pengalaman manis bergelar seorang kakitangan MARA.Mrsm Serting satu institusi pengajian telah memulakan operasinya pada 1993 dan telah melahirkan ramai cendekiawan beasaskan sains dan teknologi .Bumi usang itu menerima kehadiran seorang insan yg serba kekurangan ini dengan lambaian dedaunan pohon sena yang setia menabur bakti mmberi redupan pada makhluk yg menumpang di bawahnya.Tiada pernah merungut,mogok mahupun meleter pabila tangan2 nya dikerat oleh pekerja unit pembersihan.
1 tahun 9 bulan merupakan 1 tempoh yang singkat namun dalam tempoh itu aku belajar pelbagai jenis pengetahuan baru,belajar cara bergaul,belajar cara belajar dan juga belajar cara mengajar.Sambil ditemani rakan taulan yang amat rasi dengan personaliti dan identiti yg berbeda.
Sudah kuduga dr awal lagi,program Ulul Albab yang kami bincang kan 2 tahun yang lalu pasti memerlukan khidmat bakti dari diri yang serba kekurangan dan lemah ini.Bertitik tolak dr perjumpaan kecil di Ancasa Hotel PD,seterusnya ke Kota Putera,akhirnya satu keputusan mewujudkan 1 lagi program ULUL ALBAB selepas Kota Putra,lokasi dan institusi yang dipilh dan terpilah mewakili zon Selatan adalah MRSM GEMENCHEH.
Tuan Haji Ghazi,seorang pengetua yang disenangi oleh semua kakitangan dibawah pemerintahannya,biarpun ada satu dua perkara yang dianggap remeh,tapi tidak pada beliau.Kadang2 menimbulkan rasa kurang senang,tapi sudah resam organisasi,ketua adalah ketua apatah lagi seorang pengetua.
Kini aku bakal memulakan 1 lembaran baru.Penghijrahanku ke bumi Gemencheh terpaksa kurelakan jua,berat badan ini,berat lagi perasaan meninggalkan Serting serta sekalian yang ada.
Fikiranku sejak akhir2 ini agak banyak memproses data baru serta andaian2 yang positif dan negatif,bagaimana gaya kerja di tempat baru,tekanan,harapan dan suasana yg bakal kutempuhi bermula pada esok 11/1/2010..
YA ALLAH,TERIMA LAH HIJRAH KU INI SEBAGAI 1 JIHAD UNTUK ISLAM..PERMUDAHKAN SEGALA URUSANKU,JADIKAN TIAP IDEA DAN ILHAM MILIKMU ITU IBADAH DALAM MENCAPAI REDAMU..

Related Posts with Thumbnails