Nov 23, 2008

Microsoft ingin tawar antivirus dan internet security PERCUMA




Assalaamu’alaikum w.b.t.. dan selamat sejahtera… Lagi taktik bisnes dari gergasi software dunia iaitu Microsoft. Pihak mereka berkata kemungkinan mulai pertengahan tahun depan iaitu dari akhir Jun 2009, Microsoft akan berhenti menjual perisian OneCare security dan akan mengedarkannya secara total PERCUMA pula. Dan ini mungkin merupakan satu berita baik kepada mereka2 yang tidak suka membeli perisian antivirus atau tidak mampu untuk membelinya.

Sememangnya masih ada lagi perisian antivirus percuma di luar sana seperti Avast dan AVG, tetapi servis yang ditawarkan oleh mereka bagi versi percuma adalah TERHAD. Servis penuh hanya disediakan bagi perisian yang berbayar / full edition. Ini berlainan dengan OneCare Security oleh Microsoft nanti, iaitu servisnya adalah menyeluruh sama seperti perisian berbayar mereka yang tidak berapa popular di pasaran sekarang. Perisian antivirus percuma itu nanti akan dikenali dengan code-name nya Morro.

Menurut Microsoft, perisian itu akan menggunakan lagi sedikit dari sumber sistem. Bermakna ianya sesuai juga kepada komputer yang mempunyai tahap pemprosesan yang rendah dan talian internet bandwidth rendah. Walaubagaimana pun, setelah anda cuba sendiri nanti baru akan dapat merasai tahap kesesuaiannya dengan komputer anda insyaALlah.

Mungkin sudah hampir tiba masanya untuk anda mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada Mcafee, Symantec, AVG, Bitdefender, Avira dan sebagainya. Dan saya rasa mungkin akan berlaku satu perubahan yang ketara sekali dalam dunia antivirus mulai pertengahan tahun hadapan. Sama2 kita saksikannya nanti insyaAllah.

Maka kepada yang ingin menggunakan perisian antivirus yang servisnya menyeluruh dan boleh di download secara percuma maka bersedialah untuk menukar penggunaan antivirus nanti. Tetapi anda sendiri yang mesti menanggung risiko sama ada ianya lebih baik atau lebih tak berapa baik. All the best :)

Nov 22, 2008

upin & ipin

Asal usul Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Kisah awal pembarisan Al-Quran

Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah menulis kepada Zaid ibn Abi Zaid yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau arahkan anaknya Ubaidullah bin Zaid datang mengadapnya. Beliau dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa. Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya. Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.Setelah membaca surat itu Zaid pun memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah merosakkan bahasa Arab".Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.Lalu Zaid menyuruh seorang lelaki duduk di tepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu, hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abul Aswad. Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca surah at-Taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul).Tatkala Abul Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu. Beliau pun tergesa-gesa berjumpa semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda . Saya fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran, ertinya membetulkan bacaan supaya tidak berlaku "lahan".

Arak bertukar menjadi madu

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"
Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."
Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman,
" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"
Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

Umat Islam diharam amalkan yoga

Nov 22, 08 3:31pm
Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, menurut laporan Bernama, beliau berkata, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.

Nov 19, 2008

KURSUS DIPLOMA PENDIDIKAN

Salam..

Alhamdulillah.ade jugak kesempatan tuk aku update blog ni..sekarang sedang bergelumang dengan kursus diploma pendidikan,kerjasama KTPM & UPSI..start dari 16 november sampai 1 januari 2008..fuh..letih la plk..kembali belajar di dalam kuliah,,dengar lec berlecture,kerja kursus,kuiz dan macam2 lagi..da la tak penah buat semua ni sebelum ni..kos kursus ni bernilai rm 10696.00tajaan MARA..thanks for Majlis Amanah Rakyat!!!

Satu berita yang menggembirakan aku minggu ni,,name aku tak naik ke MRSM Kota Putra..alhamdulillah..selamat aku..kepada Anak murid aku Elwani 2 IB,ustaz tak jadi pindah..dah jgn nagis2 da..dalam ramai2 bebudak ni 2 org je yang sedih aritu..si Rabiatul Adawiyyah dgn si Elwani ni..

Ok,,aku balik seremban ni nak main ngn si bobot Uwais Alqarni ni,,

Semoga pengajian aku ni mendapat kejayaan yang cemerlang..
maas salamah..

Make Up...

menulis "MAKE UP MUSLIMAH... Ketahui rahsia sebenar mekap muslimah

*Jadikanlah "Ghadul Bashar" (menundukkan pandangan sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

*Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

*Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.

*Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

*Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelumumur pandangan laki-laki yang membahayakan.

*Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu'" dan jari-jari anda dengan "Cincin ukhwah".

*Bedakilah wajah anda dengan "Air Wudhu'" nescaya akan bercahaya di akhirat.

InshaAllah semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t..

Nov 17, 2008

Ada apa dengan nama?

Nama-nama Dilarang dalam Islam
Abkam =Tidak celik, buta
Abiqah =Hamba yang lari dari tuannya
Afinah =Yang bodoh
Asyar =Paling jahat
Asyirah =Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah =Hamba suruhan perempuan
Baghiah =Yang zalim, jahat
Bahimah =Binatang
Balidah =Yang bodoh, bebal
Bakiah =Yang menangis, merengek
Baqarah =Lembu Betina
Batilah =Yang batil, tidak benar
Dabbah =Binatang
Dahriyah =Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah =Goncang, stress
Darakah =Kedudukan yang rendah
Daniyah =Yang lemah dan hina
Dami'ah =Yang mengalir air matanya
Fasidah =Yang rosak, yang binasa
Fasiqah =Yang jahat, si fasik
Fasyilah =Gagal, kalah
Fajirah =Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah =Kecelakaan
Ghafilah =Yang lalai, yang leka
Ghailah =Kecelakaan, bencana
Ghaibah =Hilang
Ghasibah =Perampas, perompak
Ghamitah =Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah =Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah =Yang dengki
Hasidah =Yang hasad
Hazinah =Yang sedih
Huzn =Kesedihan
Khabithah =Yang jahat, yang keji
Khali'ah =Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah =Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah =Yang rugi
Khamrah =Arak
Jariah =Hamba suruhan perempuan
Jafiah =Yang tidak suka berkawan
Kaibah =Yang sedih
Kafirah =Yang kafir, yang ingkar
Kamidah =Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah =Pendusta, pembohong
Lahab =Bara api
Laghiah =sia-sia, tidak berfaedah
La'imah =Yang tercela
Lainah =Yang terkutuk
Lahifah =Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah =Yang menderhaka
Majinah =Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah =Agama menyembah api atau matahari
munafikah =Yang munafik
Musibah =Celaka, bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang bodoh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh

Nov 12, 2008

Akibat cuba menghina Al-Quran....

Perkara ini berlaku ketika Bush sedang berucap di khalayak ramai,beliau cuba mengatakan Al-Quran mengajar umat islam keganasan,,tapi malangnya....

tontonlah sendiri....

sajak kematian yang PANAS!!!!

Video panas yang menjadi kekecohan seorang ibu kepada murid tahun satu Intan Sabrina yang mengatakan anaknya berubah selepas di"paksa" menonton video ini. Berubah jadi apa tidak pula dinyatakan tetapi saya rasa berubah menjadi anak yang tidak mahu meninggalkan solat.

Peliklah video keagamaan begini ditentang hebat sampai report polis bagai tetapi apabila anak-anak kita yang berumur satu tahun pun di"paksa" melihat cerita atau iklan untuk cerita tahyul dan hantu seperti di TV3 setiap malam Jumaat seperti Kekasihku seru dan Puaka Niyang Rapik tidak pula mendapat bantahan.

Pada saya video tersebut amat bagus sekali dan memberi gambaran mengenai siksa kubur yang mengingatkan kita kepada kematian. Untuk anak-anak pula yang cepat belajar dari visual akan memberi satu kesan yang akan mereka ingat sampai mereka dewasa. Entahlah...macam2 hal sekarang nih...

غزة ـ القدس المحتلة ـ وكالات الأنباء‏:‏
دعا إيهود أولمرت رئيس وزراء إسرائيل المستقيل إلي تقديم تنازلات مهمة في الأرض مقابل السلام‏,‏ وذلك في خطاب ألقاه في الكنيست خلال جلسة عقدت مساء أمس الأول في الذكري الثانية عشرة لاغتيال إسحق رابين رئيس الوزراء الإسرائيلي الأسبق علي يد متطرف معارض لمسيرة السلام الإسرائيلية ـ الفلسطينية‏.‏

وقال أولمرت‏:‏ إننا إذا كنا مصممين علي بقاء إسرائيل دولة يهودية وديمقراطية‏,‏ فإنه لابد أن نتخلي عن أجزاء من إسرائيل‏,‏ وكذلك عن أحياء عربية في القدس‏,‏ والعودة إلي حدود عام‏1967‏ مع إجراء بعض التعديلات‏.‏

من جانبها اعتبرت تسيبي ليفني وزيرة الخارجية الإسرائيلية‏,‏ ورئيسة حزب كاديما‏,‏ تصريحات أولمرت غير ملزمة لحزبها‏.‏

وقالت ـ في تصريحات إلي راديو إسرائيل ـ إنها ملتزمة فقط ببرنامج الحزب الذي يقضي بوجوب التفاوض مع الجانب الفلسطيني حول جميع القضايا المعلقة‏.‏

من جهة أخري‏,‏ استأنفت إسرائيل شحنات الوقود إلي قطاع غزة أمس بعد توقف استمر نحو أسبوع‏.‏

في هذه الأثناء‏,‏ بدأت إسرائيل أمس عمليات الاقتراع في الانتخابات البلدية التي يقاطعها السكان العرب في مدينة القدس المحتلة استجابة لدعوات من السلطة الفلسطينية‏,‏ وكذلك فتاوي شرعية تحرم المشاركة في هذا الاقتراع‏.‏







بداية الصفحة

--------------------------------------------------------------------------------

تقارير المراسلين العالم الوطن العربي مصر الصفحة الأولي
ثقافة و فنون الرياضة إقتصاد قضايا و أراء تحقيقات
المرأة و الطفل ملفات الأهرام أعمدة الكتاب القنوات الفضائية

Nov 9, 2008

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Nov 4, 2008

MRSM (A) Ulul Albab..

Insyallah harini 4/11/08 kami jawatan kuasa penggerak Modul MRSM Tahfiz akan bertolak ke Kuala Terngganu jam 3 ptg dgn penerbangan MAS,,berkumpul di KLIA jam 1 tghari,,rombogan ini disertai oleh Pengarah BPLM,Ketua Sektor Pendidikan Islam,Penolong pengarah dan ramai lagi...

Antara tentatif lawatan ini,,meninjau kawasan MRSM Kota Putera,membentangkan kertas kerja,dan perbincngan mengenai hal2 b berkenaan penubuhan Tahfiz di dalam sistem MRSM...

Kelas tahfiz di MRSM ini pernah diusulkan suatu masa dahulu,tetapi di atas sebab2 tertentu,ianya tidak dapat di jalankan,,semoga idea dan usha kali ini mendapat sokongan dr pihak pentadbiran MARA..Semoga Allah s.w.t merahmati usaha kami yang tidak seberapa ini...

"Kearah Melahirkan Generasi Profesional Dr Aspek Sakhsiah dan Intelektual"

TAKBIR!!!!!!

Nov 3, 2008

Sahabat2 se MRSM SERTING

3 November 2008

Alhamdulillah,anak2 murid aku da selesai imtihan Pe.Islam..sayu je mandang muke diorang..aku da bg hint tentang transfer ke besut..walaupun tak confirm,tapi tuk menghadapi sebarang kemungkinan,

MRSM serting,,ape yang menarik kat sini ye...

1)rakan2 sekerja yang komitet,profesional,tak sombong,suka bantu org...

2)Pelajar2 yang cerdik,hormat guru,walaupun pljar bukan melayu,,diorang mmg nampak dahagakan ilmu,,walaupun ade segelintir yang tunjuk pailang,,tapi bg aku sume tu nomal..mungkin pengalaman yang tak seberapa di Smahmy,Itqans,Mesir,Maahad Ahmadi dulu banyak membantu,,

3)Dekat dengan rumah org tua aku,,dah mmg aku duk kat sini,,mmg la suke ye tak..hehehe..


Harini dapat call dr Ust Azli MRSM FELDA..mengenai Muodul MRSM Ulul Albab,,HQ nak kami berdua bentangkan modul aritu depan Pengarah Mara,Dato'Idris Jusoh..sekali dekat terengganu da,,,esok flight pukul 4 dr KLIA..tetibe je,,makin kuat la kene trnfer ke Besut ni...mintak2 jgn la..misi aku kat sini tak selesai lagi..ngn Ust Hai pun tak abis kenal lagi,,tak gitu ust hai?

Ape2 pun aku redho ngn segala takdir,,da dapat join MARA ni pun satu anugerah..Mane2 pun takde hal,,asalkan hati kita ikhlas,,Allah akan permudahkan,,Insyallah..ok la,,buat sahabat2 yang nak g PTK esok,,,semoga kalian najah dengan cemerlang...zikir Ya Latiff banyak2...!!!

Nov 1, 2008

cara2 membuat blog


Sudah lama saya menginginkan ramai dalam kalangan pemuda pemudi menjadi bloggers. Alhamdulillah sekarang sudah ramai sudah memiliki blog peribadi sendiri. Masih ada yang belum memiliki lapangan maya ini. Hal inilah yang menyebabkan hati saya tergerak untuk menyiapkan sebuah panduan berkenaan membina blog peribadi. Mudah-mudahan dengan sedikit petunjuk yang diberikan ini, ianya boleh dijadikan panduan oleh sahabat-sahabat sekalian. Selamat mencuba!


BAGAIMANA MEMBUAT BLOG

Langkah Pertama

1. Untuk langkah pertama buka laman www.blogger.com
2. Klik pada “create account”
3. Masukkan kata laluan dan password anda (emel anda domain yahoo atau gmail )
4. Namakan blog anda cth : http://myiscrcmp.blogspot.com
5. Ikuti langkah seterusnya dan pilih tamplate yang anda sukai.

Teknik Menukar Tamplate Yang Menarik

1. Layari laman web yang menawarkan tamplet berformat XML secara percuma.
-cth : www.finalsense.com
2. Pilih tamplate blog yang berformat XML yang anda sukai.
3. Copy kod tersebut.
4. Buka dashboard akaun blog anda.
5. Klik pada layout, kemudiannya klik pada HTML.
6. Kemudian buang kod yang sedia ada dan pastekan HTML yang baru diperolehi.
7. Save dan lihat blog anda yang berwajah baru.

p/s: sesetengah blog menawarkan tamplate jenis upload. Oleh itu tamplate tersebut perlu didownload terlebih dahulu dan diupload. Step yang digunakan adalah sama dengan diatas. Pastikan anda menggunakan perisian mozzila fireworks semasa mendownload. Contoh web yang menawarkan tamplate berbentuk upload adalah :

1. http://layout4all.blogspot.com/


Cara meletakkan shout box

1. Layari http://cbox.ws/?r=4-3384896
2. Kemudian sign up akaun baru anda
3. Ikuti langkah seperti yang diarahkan
4. Copy kod HTML
5. Kemudian buka laman dashboard anda
6. Klik pada add page element
7. Klik pada HTML
8. Kemudian paste HTML dalam kotak tersbut.
9. Save hasil anda.
10. Kemudian klik view dan lihatlah blog anda sudah mempunyai shout box.
Cara post artikel terbaru.

1. Layari www.blogger.com
2. Sign in dengan id anda
3. Kemudian klik new post pada blog anda.
4. Isikan kotak yang tersedia dengan artikel anda.
5. Kemudian tekan publish post.
6. Lihatlah artikel anda sudah tersiar.

Untuk Hiasan Lain anda boleh layari:

1. Jam : http://www.clocklink.com/
2. Counter : http://www.histats.com/viewstats/?SID=309638&f=1v
3. Bahan: http://pimp.myyearbook.com/glitter-word-generator.php
4. Hiasan lain : http://photobucket.com/
5. Map of visitor: http://feedjit.com/
6. Shout Box : http://cbox.ws/?r=4-3384896
7. Widget: http://adiwidget.blogspot.com/

Sudah lama saya menginginkan ramai dalam kalangan pemuda pemudi menjadi bloggers. Alhamdulillah sekarang sudah ramai sudah memiliki blog peribadi sendiri. Masih ada yang belum memiliki lapangan maya ini. Hal inilah yang menyebabkan hati saya tergerak untuk menyiapkan sebuah panduan berkenaan membina blog peribadi. Mudah-mudahan dengan sedikit petunjuk yang diberikan ini, ianya boleh dijadikan panduan oleh sahabat-sahabat sekalian. Insya Allah, sekiranya ada rezeki, pada masa akan datang saya akan cuba mengeluarkan buku-buku kecil untuk diedarkan secara percuma kepada sahabat-sahabat di UM khususnya bagi membolehkan mahasiswa celik dengan dunia blogging ini. Selamat mencuba!

Related Posts with Thumbnails