Feb 28, 2009

WASPADA KRISIS EKONOMI YANG AKAN MELANDA

PENGENALAN

Toyota, Nissan, Honda, General Motor, Ford dan Chrysler – adalah nama nama pembuat kereta terbesar dalam alam ini. Semuanya bungkus.

Eropah dalam krisis yang maha hebat. Di Iceland duit tidak laku lagi. Negara kecil ini telah jatuh muflis.

Obama baru sahaja berucap meminta lebih dari 3 trilion dolar untuk memulihkan ekonomi Amerika. .

Hillary Clinton telah datang ke China minggu lalu untuk meminjam duit dari China.

Di China – kilang kilang semakin banyak di tutup. Angka resmi buruh hilang pekerjaan telah melintasi 26 juta – seperti seluruh warga Malaysia tanpa mata pencarian – ini angka resmi. Angka tidak resmi mungkin lebih besar.

Sepanyol yang gempak hebat sebagai penjana ekonomi Eropah 3 tahun dahulu dengan industri membuat rumah kini sudah tenat. Berpuluh ribu telah hilang pekerjaan.

Dubai yang angkuh dengan – kegilaan – membuat hotel dan gedung membeli belah kini jatuh muflis. Dubai sekarang ini telah menjadi museum untuk sesiapa yang ingin melihat crane dan jentolak terdampar tidak bergerak lagi.

Singapura dan Taiwan telah mengambil langkah untuk memberi warga duit agar dapat berbelanja.

Rusia dan Eropah Timur sedang dalam kesakitan. Warga kini bernostalgia dengan hari hari dimana kehidupan mereka terjamin ketika negara di bawah sistem ekonomi sosialis.

German – ekonomi terkuat di Eropah kini sedang sakit tenat.

Britain semenjak di pukul hebat oleh gerakan pembebasan dari negara-negara tanah jajahan pada tahun 50-60’an hanya tinggal dengan nostalgia – Great Britain.

Ini bukan krisis ekonomi. Krisis ini ialah krisis kapitalisma. Yang menghadapi krisis ialah sistem ekonomi kapitalis itu sendiri. Jika TIDAK memahami hakikat ini maka segala langkah untuk membawa kebaikan akan gagal.

Dari minggu ini setiap pagi Obama akan menerima laporan CIA tentang suasana ekonomi dunia.

Dari sejarah pekembangan kapitalisma – apabila dalam krisis maka kaum pemodal akan memulakan perang. Perang Dunia Pertama ( 1916) kerana krisis ekonomi di Eropah. Perang Dunia KeDua kerana zamam meleset di Amerika ( 1929) dan krisis kapitalisma juga di Eropah.

Perang di Iraq dan Afghanistan masih berterusan. Ianya sedang merebak ke Pakistan. Riak-riak perang di sana sini. Timur Tengah dengan Isreal sebagai punca perang – terus mengancam negara-negara Arab. Iran dan Korea Utara sedang dipinggirkan.

Feb 21, 2009

Mulianya Seorang Isteri



Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak..
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,Jangan buat alasan itu dan ini pulak..ingat tu si isteri yee!!!Kata nak pahala lebih.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Feb 20, 2009

Motivasikan aku...

Lame sungguh aku tak update blog ni..penat,letih,,sibuk dan mcm2 lagi alasan yang mampu aku khabarkan..
Isnin minggu ni aku dapt jadual baru,,mengajar PAI hanya form 1 dan form 2..kelas aku di form 3 diserahkan pada Azri,org yang berpengalaman dalam PMR..bile aku pikir2 balik adakah ketidakpercayaan yang menjadi sebab?ontah la,,pakcik ikut yo..palo pun tak poning,,,ape2 pun skrg ni mcm kurang semangat sikit..nak kate keje banyak tak la plk,,tapi kelas dahsyat beb,,berderet2,,ape2 pun da mmg keje kite ye tak,,ikut yo lah,,
Skrg tgh 50-50 nak OL BSN..nak ke tak nak ha??pikir masak2 ni,,,,dapat duit mmg best,,kojap yo setel sok...

lu pikir la sendiri...

Feb 14, 2009

14 Feb 2009

Hari nie aku gi pemilihan ping-pong MARA negeri kat kolej Mara Seremban...selection utk wakil N9 ke sukan Mara peringkat kebengsaan,,huuhu,boleh la..

Wakil N9 ke Johor Bharu bulan 6 nanti,,
callo..

Feb 11, 2009

Gambar dalam kaabah..







Subhanallah...........

Feb 10, 2009

Pelajar Baru MRSM

Pendaftaran Pelajar baru MRSM Serting pada 10/2/2009..
Suasana di Maktab pagi tadi cukup meriah..kira2 300 org pelajar baru mendaftarkan diri bersama keluarga masing2..mcm2 ragam ade,ade pelajar baru yang ghairah,yang nak nangis,yang ala2 otai pun ade,,hahah,,ko tau la nanti,,ari first,,bagi dulu diorang dengan perangai lame dulu,,,,Aku di tugaskan membaca doa pembukaan dan menguruskan seisi bertemu ibubapa dan homeroom..kebanyakan homeroom aku kali ni dr jempol,seremban dan seorang dari pahang,nampak mak da ayah diorang melatakkan harapan yang tinggi pada Institusi pendidikan yang berusia lebih dari 20 tahun ni,,Insyallah,,kepada ibu bapa penjaga pelajar2 baru,,kami guru2 MRSM cuba sedaya upaya mngajar dan mendidik anak2 tuan puan,,itu adalah tanggungjawab kami..
Semoga segala penat lelah kami ini mendapat ganjaran pahala dan redho Allah s.w.t..

Feb 9, 2009

Sedikit Imbas kenangan

Blog aku ni jrg aku jadikan medium sebagai diari,,asyk bnyk copy paste je,,huhuhu..tapi kali ni aku nak flashback kenangan yang sempat aku ingat.

Mesir.
16/9/2002 aku bertolak dr klia ke mesir untuk menuntut ilmu Allah s.w.t yang maha luas.Mula menjadi salah seorang dr jutaan pelajar Universiti Al-Azhar.Walaupun bergelar pelajar maahad Shoubra,malah di etek2 kan oleh peljar kuliah..malah aku ingat ayat ni.."Alah,,shoura..sonang yo...@shoubra boleh la... dan mcm2 lagi,,(kalau bebudak shoubra baco ni,,diorang mesti ingat petikan ayat ni)tapi realitinya mempelajari ilmu Al-Quran ini besar syafaatnya,,Asyrafal Ulum..

10/1/03
Semasa di Mesir juga aku terima kehilangan seorang yang begitu berjasa,,yang menjadi ketua keluarga,yang mula2 memperknalkan apa itu agama,Allah,rasulullah saw,sembahyang dan segala ilmu..Arwah ayahku Haji Osman Bin Kamit

Merasai alam remaja di sebuah negara yang jauh berbeza dengan buaya,cuaca cara hidup banyak memberi pengalaman bermakna,,kehidupan kami di sana hanya di temani rakan2,,masa itulah segala budi,jasa,perangai dan pengorbanan dr org2 di sekeliling aku membuatkan rasa betapa hidup ini perlukan teman. Tak lupa juga pengalaman merasai cinta,,tapi semuanya hanya tinggal kenangan,,syahdu la plk...

walaupun beberapa tahun di Mesir,aku ttp rasa terkilan tidak dapat mempelajari seberapa banyak ilmu yang terdapat di sana,,benar kata Imam Syafie..tulluz zaman,,menuntut ilmu ini antara syaratnya memerlukan masa yang lama..

Kini aku dah pun berada di Malaysia,kembali ke kampung halaman ku,,Felda Serting Hilir 5..Menjadi Ustaz di MRSM Serting..

PalEq

Feb 4, 2009

Jika anda dibuang kerja...

Salam,
Semua orang tahu tahun 2009 ialah tahun ekonomi merudum di seluruh dunia sehinggakan Barrack Obama pun mengatakan tahun 2009 ialah "tahun malapetaka bagi Amerika Syarikat". Berita minggu lalu Panasonic, Melaka telah menutup operasinya dan seramai 10,000 orang telah menganggur. Intel di Penang juga telah tutup operasinya dan 6,000 orang telah kehilangan punca rezeki. Di Johor pula,menurut seorang sahabat saya yang bekerja di Titan kilang yang terbesar di Pasir Gudang juga sudah menawarkan VSS!

Contoh di atas ialah kilang-kilang gergasi di Malaysia, manakala berpuluh dan mungkin beratus lagi kilang-kilang lain akan shut down pada tahun ini dan apakah pakibatnya? Dijangka 200,000 orang pekerja akan kehilangan punca rezeki mereka!

Jika sektor industrian kita hampir tidak bermaya, begitu juga dengan sektor perladangan di mana harga kelapa sawit dan getah merudum dengan begitu teruk sekali.Adakah sektor-sektor lain akan selamat dari zaman ekonomi jatuh ini? Tentu tidak, semua akan merasai kesannya. Semua peniaga akan berkurangan untung atau rugi kerana kuasa beli yang kurang dan persaingan makin bertambah apabila yang kehilangan pekerjaan tetap tadi mulai mencuba nasib dengan berniaga dan mula berjimat dalam belanja.Industri pembinaan juga akan turut perlahan apabila kurang projek. Bank juga akan turut merasa tempiasnya kerana ramai yang tidak mampu membayar pinjaman,jurujual kereta juga tidak mendapat komisyen hasil jualan kereta. Yang mungkin selamat ialah pekerja di sektor awam dan badan berkanun.

Tentulah mangsa ekonomi jatuh ni iaitu pekerja yang dibuang akan pening kepala memikirkan bagaimana nak terus survive dengan hutang rumah,hutang kereta, belanja anak sekolah, belanja dapur dan pelbagai jenis hutang lain.

Apa yang patut dibuat jika kita di buang kerja?

1. Kita mesti redho dengan Qada dan Qadar Ilahi. Jangan terlampau stress dengan memohonlah dengan Allah dimurahkan rezeki. Mungkin hari ini hari kita di bawah, Insyallah dengan kurniaan Allah kita masih boleh terus survive. Apa yang penting hidup mesti diteruskan disamping bekalan untuk Akhirat.

2. Ubah cara hidup kita dari segi berbelanja. Tukar jenama mahal ke jenama yang murah dan buatan tempatan dan sekaligus boleh "boikot Israel".Belajar berjimat cermat dalam kehidupan seharian untuk bil-bil utiliti seperti elektrik,air dan telekomunikasi.Susun belanjawan kita semula dari benda yang penting didahulukan dan benda-benda yang kurang penting seperti astro juga mungkin tidak perlu di masa ini.Untuk perokok, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti menghisap rokok.

3. Gunakan wang yang ada dengan cara berhemah.Wang pampasan yang kita terima JANGAN mengambil risiko dengan berjudi nombor ekor, melabur di skim-skim cepat kaya dan pelaburan internet.

4. Jangan menambah hutang sedia ada dengan hutang baru. Jangan gunakan kad kredit, seeloknya gunakanlah wang tunai.

5. Jumpa dengan Pegawai Bank, jika anda mahu mengecilkan bayaran ansuran kereta dan rumah anda.

6. Pergi ke Pusat AKDK untuk menguruskan semula pinjaman bank kita.

7. Mengambil kursus-kursus yang disediakan untuk penganggur. Saya tidak pasti namanya tapi saya pernah lihat di TV ada jabatan khas disediakan untuk membantu para penganggur dengan kemahiran tertentu.

8. Jika anda berminat untuk berniaga, belajarlah dari peringkat asas dahulu, jangan main terjah sahaja. Boleh melawat website MECD untuk mendapatkan input keusahawanan. http://www.mecd.gov.my/

9. Mungkin anda boleh mencuba perniagaan baru seperti perniagaan internet. Ada pelbagai program yang boleh kita cari duit seperti google adsense, clickbank dan sebagainya. Anda boleh download percuma panduan clickbank di-> Rahsia Clickbank. Boleh lawati blog Cari Duit Internet untuk maklumat lanjut.

10. Balik kampung dan usahakan tanah orang tua kita seperti menanam sayur, menternak lembu kambing dan pasarkan sendiri di Pasar Tani.

11. Mengambil semula semua peluang pekerjaan yang selama ini dibolot oleh warga negara lain seperti menoreh,memotong kelapa sawit, kerja-kerja pembinaan dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita terus cari rezeki. Ingatlah rezeki,ajal dan maut di tangan Tuhan. Janganlah berputus asa dan sentiasa berfikiran dan bersikap positif supaya kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Insyaallah

Feb 2, 2009

Portal mencari@menjual kereta..

Portal berkaitan kereta di mana ownernya ialah orang Melayu. Di sini anda boleh :
1. Cari kereta untuk pembelian
2. Kereta untuk dijual
3. Kereta untuk disewa
4. Untuk menyewakan kereta
5. Senarai bengkel kereta
6. Kereta dikehendaki
7. Agen insuran kereta

Dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kereta. Untuk melihat semua yang disediakan oleh portal, kita perlu mendaftar dahulu. Daftar adalah PERCUMA!

Link untuk portal kereta tersebut ialah:

http://www.cartrader.com.my

Atau klik banner di bawah:

Yahudi gunakan 5F untuk hancurkan umat Islam

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya orang-orang Islam tergelincir daripada kebenaran Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, orang-orang Islam juga turut masuk neraka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad.

F pertama ialah filem

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti Akhirat, Gubra, Mukhsin, Sepet, Anak Halal, KL Menjerit dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah.

F kedua ialah famili

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup beba, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

F ketiga ialah fesyen

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.

F keempat ialah fun

F kelima ialah food

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald dan lain-lain.


Sumber: harakahdaily

Mencari 5 perkara?Ini jawabnya

Aku Mencari Keberkatan
Keperluan Hidup,
Aku Mendapatinya Dalam SOLAT DHUHA?

Aku Mencari Penerang
Untuk Alam Kubur,
Aku Mendapatinya Dalam SOLAT MALAM..,

Aku Mencari Jawapan
Untuk Menjawab Soalan Malaikat,
Aku Mendapatinya Dalam MEMBACA AL-QURAN?

Aku Mencari Alat
Untuk Berpegang Ketika
Menyeberang Titian Sirat,
Aku Mendapatinya Dalam PUASA & SEDEKAH?

Aku Mencari
Naungan ?Arasy,
Aku Mendapatinya Dalam MENGASINGKAN DIRI BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA?

Kiamat.......

hari kiamat sudah hampir...
ader banyak sebab ...jom hayati..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

~ dah nampak dah...


3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah

~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh
2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon....


Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

~ try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²" - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

apa kawan2 rasa....zie rasa kita semua perlu ambil tau...sebab bila masanya tiba kita semua tak tau...
kita semua beriman dengan hari kiamat..??

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

Related Posts with Thumbnails