Feb 5, 2011

semakin hangat.....

Feb 4, 2011

Setelah sekian lama..

Usia blogku ini sudah melangkaui 3 tahun..bermula pabila isteri tercinta melahikan hasrat untuk memulakan perniagaan alam mayanya..Itulah yang menjadi titik tolak penerokaan arena blog dan laman sesawang yang lain.
Blog ini pada mulanya sebagai diari,tempatku menceritakan segala yang berlaku..kemudiannya menjadi 1 wadah perkongsian ilmu..terdetik jua menjalankan beberapa perniagaan,namun mungkin diriku x sehebat isteri tercintaku..biarlah blog ini hanya menjadi tempatku berlatih menyusun beberapa rangkap ayat..kelak mungkin menjadi saham akhiratku..itu lebih bererti..

Aku sebagai pendidik..
1/2/2006...bermula bergelar Cikgu/Guru/Ustaz/Sir di SMA Haji Mohd Yatim...seterusnya ITQAN,MRSM Serting dan kini di MRSM Gemencheh..

Kini..
Misiku..........menjadikan Ulul Albab sebagai jihad..........

Apr 4, 2010

RuQyah Syariah,,pendinding diri



Ruqyah syariah bermaksud ayat-ayat di dalam Al-Quran yang dibacakan kepada seseorang untuk mengubati penyakit, menghilangkan gangguan jin atau sihir, perlindungan diri/harta benda atau sebagainya. Ayat-ayat Al-Quran ini berasaskan daripada doa dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

Yakinlah bahawa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling efektif untuk menghilangkan sesuatu penyakit adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :


Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman."
( QS. Fushshilat : 44 )
"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman."
( QS. Al-Isra' : 82 )


Oleh itu, di sini saya sertakan beberapa potong ayat ruqyah sebagai ikhtiar penyembuhan dari pelbagai penyakit. Ayat tersebut hanyalah sebagai ikhtiar dalam rawatan dan doa. Marilah kita beriktikad bahawa kesembuhan yang hakiki datangnya dari Allah SWT jua. Allah berkuasa makhluk tiada kuasa.




1) Surah al-Fatihah


2) Surah al-Baqarah (Ayat 1-5)


3) Surah al-Baqarah (Ayat 102) ulang beberapa kali.


4) Surah al-Baqarah (Ayat 163-164)


5) Surah al-Baqarah (Ayat 255)


6) Surah al-Baqarah (Ayat 285-286)


7) Surah Ali Imran (Ayat 18-19)


8) Surah al-A'raf (Ayat 54-56)


9) Surah al-A'raf (Ayat 117-122)


10) Surah Yunus (Ayat 81-82)


11) Surah Toha (Ayat 69)


12) Surah al-Mu'minun (Ayat 115-118)


13) Surah as Shoffat (Ayat 1-10)


14) Surah al-Ahqof (Ayat 29-32)


15) Surah ar Rahman (Ayat 33-36)


16) Surah al Hasyr (Ayat 21-24)


17) Surah al-Jin (Ayat 1-9)


18) Surah al Ikhlas


19) Surah al Falaq


20) Surah an Nas

Gejala Gangguan Jin

Gejala Ketika Tidur :


-Sukar tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi seram.
-Selalu kena tindih.
-Mimpi melihat binatang seperti ular,anjing,serigala,tikus dan sebagainya.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit ketika tidur.
-Berjalan ketika tidur.
-Mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di tempat kotor atau perkuburan.
-Mimpi melihat makhluk yang menakutkan.
-Mimpi bayi atau budak kecil.
-Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya.
-Mimpi menyusukan bayi.


Gejala Ketika Jaga :


-Kerap sakit kepala
-Sakit belakang.
-Sering lesu dan malas.
-Malas beribadat.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Nampak 'benda' pelik.
-Rasa macam diperhati.
-Nampak lintasan.
-Dengar bisikan.
-Jiwa kacau dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Sentiasa mengantuk terutama di majlis ilmu.
-Ragu-ragu tentang iman.
-Mudah marah dan panas baran.
-Haid lebih 15 hari.
-Ada pergerakan di bawah kulit.
-Takut atau berdebar-debar tanpa sebab.
-Ada masa tak suka pada pasangan.
-Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
-Kuat berangan.
-Nafsu seks yang melampau.
-Sakit dada selepas waktu asar ke atas

Pentingnya Bersugi...



Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta”
( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).





Fadhilat Miswak

"Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkan
kesukaran maut.Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)



Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)


Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)



Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam
penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada
perut ke arah mulut.Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan.Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki
perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.



Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak mempertajamkan ingatan."


Subhanallah, Maha suci Allah… sungguh indah dan sempurna agama yang diturunkan-Nya, sungguh mulia hukum-hukum yang disyariatkan-Nya, karena tak ada satupun dari apa-apa yang diturunkan-Nya dan apa-apa yang diciptakan-Nya kecuali pasti ada manfaat dan hikmahnya.


Kesempurnaan islam ini benar-benar tiada bandingannya oleh agama-agama selainnya. Diantara kesempurnaan Islam adalah syariat bagi ummatnya untuk menjaga kebersihan dan kesihatan, seperti kewajiban istinja’ setelah buang air, mandi janabat setelah junub, bahkan banyak sekali hikmah-hikmah syariat yang tersingkap dalam ajaran islam yang telah dibuktikan oleh sains moden, seperti khasiat madu, habbatus sawda’, minyak zaitun hingga ‘si kayu ajaib’ siwak yang bermanfaat bagi kesihatan gigi dan gusi.


Setelah kedatangan islam, Rasulullah s.a.w menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda : “Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi). Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah s.a.w adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesihatan gigi.


Sesunguhnya amalan sunnah Rasul sesuai diimplementasikan pada semua zaman. Bukan sunnah yang mengikut zaman, tetapi zaman lah yang mesti mengikut sunnah. Kepada yang nak amalkan kayu sugi tetapi malu atau tidak tahu menggunakannya maka digalakkan kita keluar jalan Allah s.w.t. InsyaAllah akan diberikan kekuatan untuk tangkis perasaan malu untuk melakukan kebaikan dan amal sunnah. InsyaAllah kita semua sedia! Dalam sunnah ada kejayaan tuan-tuan.

Mar 30, 2010

Doa Angin Akhmar

PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar, Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.








Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

aku..blog..dan wad..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,,dengan izin Allah yang maha Perkasa lagi Maha Gagah Perkasa,aku dapat membetulkan semula kerosakan yang timbul pada blog ini..tahun ini masuk tahun yg ke 3 aku menceburi bidang per"blog"an..dapat mempelajari sedikit sebanyak selok belok java script,html dan sebagainya.

Tempohari,aku keluar dr wad.Hospital Besar Melaka.Ditahan wad atas sebab Hipertensi atau bahasa kampungnya,,DARAH TINGGI..Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini,,apa2 pun muhasabahnya,,JAGALAH AMANAH ALLAH SEBAIKNYA~~

Insyallah akan disambung kemudian..

Muhammad Sholiheen Osman
Kuaters Warden,
Mrsm Gemencheh

Feb 12, 2010

TAHNIAH ADIK NUR AMALINA MUHAMMED

TAHNIAH KEPADA ADIK NUR AMALINA BTE MOHAMED 10122 DARI KELAS 101 KERANA TELAH TAMAT TASMI' JUZUK 1 PADA HARI INI.ADIK AMALINA INI BERADA DI BAWAH BIMBINGAN USTAZ RAZALI(PENYELARAS PUA)..REKOD KE 2 SELEPAS ADIK ZAKARIA YG TAMAT JUZUK 1 DALAM MASA 2 MINGGU..SEMOGA ADIK2 YANG LAIN PUNYAI SEMANGAT YANG BERKOBAR2 DALAM MENGHAFAZ KALAM ALLAH,,SELAIN MENGHAFAZ AL-QURAN,ADIK2 DIGALAKKAN MEMAHAMI TAFSIRANNYA SEKALI..BARU LA KITA DAPAT MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB YANG BENAR2 BERKUALITI..,TAHNIAH SEKALI LAGI DR UNIT PEN.ISLAM..

PENYELAS P.U.A

Jan 10, 2010

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak
Untuk melahirkan kanak-kanak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang dan bersifat rabbani, maka mereka seharusnya menerima pendidikan menyeluruh dan seimbang. Jesteru itu para pendidik (murabbi) dalam menyediakan bahan-bahan pendidikan mereka hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup sebagai manusia.

Antara silibus pendidikan-pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah:

1. Pendidikan Keimanan (Pendidikan Imaniyah)

1.1 Pendidikan Keimanan kepada Allah

1.2 Pendidikan Jiwa dengan akhlak mulia (Sifat Al-Hikmah, Sifat Al-Iffah, Sifat Asy-Saja’ah, Sifat Al-Adalah)

2. Pendidikan Kerohanian (Pendididikan Ruhaniyyah)

3. Pendidikan Aqal (Pendididikan Aqliah)

4. Pendidikan menanamkan kemerdekaan Jiwa (Pendididikan Nafsiah)

5. Pendidikan Kesihatan Jasmani (Pendididikan Jismiah)

6. Pendidikan Pergaulan (Pendididikan Ijtima’iah)

7. Pendidikan Pergaulan Antara Jantina (Pendididikan Jinsiah)

8. Pendidikan Kemahiran.

Tambahan & Perincian


Pembinaan Akhlak

Asas pertama : Adab (Sopan-santun)

Asas kedua : Jujur

Asas ketiga : Menjaga rahsia

Asas Keemapat : Amanah

Asas Kelima : Lapang dada dan tidak dengki

Pembinaan Perasaan

Asas pertama : Kucupan dan kasih sayag kepada anak

Asas kedua : Bermain dan bercanda dengan anak

Asas ketiga : Memberi hadiah dan saguhati kepada anak

Asas Keempat : Membelai kepala anak

Asas kelima : Menyambut anak dengan baik

Asas keenam : Mengambil tahu keadaan anak dan menanyakannya

Asas ketujuh : Perhatian dan jagaan khusus kepada anak perempuan dan anak yatim

Asas kelapan : Seimbang(adil) dalam memberikan kecintaan kepada anak tanpa berlebihan dan pengabaian.

Pembinaan Keilmuan dan Pemikiran

Asas pertama : Menanamkan kecintaan kepada ilmu dan adab-adabnya kepada anak.

Asas kedua : Memberikan tugas menghafaz sebahagian dari ayat-ayat al-Quran dan hadith.

Asas Ketiga : Memilihkan guru dan sekolah yang baik bagi anak

Asas keempat : Mengajarkan bahasa arab kepada anak

Asas Kelima : Mengajarkan bahasa asing kepada anak

Asas keenam : Membimbing anak sesuai dengan kecenderungan ilmiahnya

Asas Ketujuh : Perpustakaan Rumah dan pengaruhnya bagi pembinaan keilmuan anak.

Asas kelapan : Kisah para ulama salafus soleh dalam menuntut ilmu kecil


Pembinaan Dorongan Syahwat

Asas pertama : Anak harus minta izin bila hendak masuk ke bilik Ibubapa

Asas kedua : Membiasakan anak agar menundukkan pandangan dan memelihara aurat.

Asas ketiga : Memisahkan tempat tidur anak dengan saudaranya.

Asas Keempat : Tidur dengan berbaring di sisi kanan dan tidak tidur telungkup

Asas Kelima : menjauhkan anak dari bergaul dengan lawan jenis

Asasa Keenam : Anak mulai dewasa harus belajar kewajipan-kewajipan mandi dan sunah-sunahnya.

Asas Ketujuh : Menjelaskan bahagian awal surah an-nur kepada anak yang mulai dewasa

Asas Kelapan : Pendidikan seks bagi anak yang sudah dewasa dan melarang berbuat kekejian (zina).

Asas Kesembilan : Pernikahan awal

Kaedah-kaedah mendidik anak menurut nabi saw

Asas-asas kaedah yang harus dipengangi oleh kedua ibubapa dan para pendidik

1. Keteladan yang baik

2. Waktu yang tepat memberikan bimbingan

3. Bersikap adil dan sama terhadap sesama anak.

4. Memenuhi hak-hak anak

5. Mendoakan anak

6. Membelikan alat permainan untuk anak

7. Membantu anak untuk berbuat baik dan patuh.

8. Menjauhi banyak mencela.

Asas-asas kaedah pemikiran yang berpengaruh terhadap pemikiran anak

1.Membawakan kisah
2.Bercakap secara langsung
3.Bercakap kepada anak sesuai mengikut kemampuan akalnya.
4.Perbincangan yang dingin
5.Kaedah pengalaman praktis
6.Mengajarkan keperibadian nabi untuk diteladani.

HIJRAH LAGI....

Setelah kian lama blog ini kubiarkan sepi tanpa sebarang khabar,kini minda dan jiwa ku meruntun untuk menekan kekunci di notebook ini bg mengisi ruangan 'new post' yg sudah bersarang lelabah dek lama tiada berisi...
Zuriatku yg kedua kini beusia 4 bulan..sudah mula pandai mengagah,tertawa dan sudah punya minat pada pergerakan sekeliling.Anak ku yang sulung pula sudah menjangkau usia 2 tahun,Uwais Al Qarni.
1 April 2008.detik bermakna buat diriku sekeluarga.Tarikh keramat yang menjadi titik tolak pengalaman manis bergelar seorang kakitangan MARA.Mrsm Serting satu institusi pengajian telah memulakan operasinya pada 1993 dan telah melahirkan ramai cendekiawan beasaskan sains dan teknologi .Bumi usang itu menerima kehadiran seorang insan yg serba kekurangan ini dengan lambaian dedaunan pohon sena yang setia menabur bakti mmberi redupan pada makhluk yg menumpang di bawahnya.Tiada pernah merungut,mogok mahupun meleter pabila tangan2 nya dikerat oleh pekerja unit pembersihan.
1 tahun 9 bulan merupakan 1 tempoh yang singkat namun dalam tempoh itu aku belajar pelbagai jenis pengetahuan baru,belajar cara bergaul,belajar cara belajar dan juga belajar cara mengajar.Sambil ditemani rakan taulan yang amat rasi dengan personaliti dan identiti yg berbeda.
Sudah kuduga dr awal lagi,program Ulul Albab yang kami bincang kan 2 tahun yang lalu pasti memerlukan khidmat bakti dari diri yang serba kekurangan dan lemah ini.Bertitik tolak dr perjumpaan kecil di Ancasa Hotel PD,seterusnya ke Kota Putera,akhirnya satu keputusan mewujudkan 1 lagi program ULUL ALBAB selepas Kota Putra,lokasi dan institusi yang dipilh dan terpilah mewakili zon Selatan adalah MRSM GEMENCHEH.
Tuan Haji Ghazi,seorang pengetua yang disenangi oleh semua kakitangan dibawah pemerintahannya,biarpun ada satu dua perkara yang dianggap remeh,tapi tidak pada beliau.Kadang2 menimbulkan rasa kurang senang,tapi sudah resam organisasi,ketua adalah ketua apatah lagi seorang pengetua.
Kini aku bakal memulakan 1 lembaran baru.Penghijrahanku ke bumi Gemencheh terpaksa kurelakan jua,berat badan ini,berat lagi perasaan meninggalkan Serting serta sekalian yang ada.
Fikiranku sejak akhir2 ini agak banyak memproses data baru serta andaian2 yang positif dan negatif,bagaimana gaya kerja di tempat baru,tekanan,harapan dan suasana yg bakal kutempuhi bermula pada esok 11/1/2010..
YA ALLAH,TERIMA LAH HIJRAH KU INI SEBAGAI 1 JIHAD UNTUK ISLAM..PERMUDAHKAN SEGALA URUSANKU,JADIKAN TIAP IDEA DAN ILHAM MILIKMU ITU IBADAH DALAM MENCAPAI REDAMU..

Dec 17, 2009

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN

DOA AKHIR TAHUN

DOA AWAL TAHUN

Nov 25, 2009

Puasa Hari Arafah ( 9 Zulhijjah)

Semoga Mendapat Manfaat Bersama...



Puasa sunat 9 Zulhijjah dikenali dengan nama puasa hari Arafah iaitu puasa yang disunatkan kepada orang-orang yang tidak melakukan ibadat haji.

Kelebihan berpuasa pada hari itu menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:
Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) tentang berpuasa di hari Arafah? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."(Hadits riwayat Muslim)


Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari Arafah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Tidak ada hari-hari yang lebih dicintai oleh Allah untuk dilakukan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari di bulan Zulhijjah, dimana satu hari berpuasa daripadanya (sebanding) dengan puasa satu tahun dan mendirikan ibadah satu malam daripadanya (sebanding) dengan mendirikan ibadah pada lailatulqadar." (Hadits riwayat Tirmidzi)
Dalam hadits yang lain yang diriwayatkan daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada setengah isteri-isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di hari ‘Asyura’ dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya."(Hadits riwayat An-Nasa’i)
Wallahua'lam.

Ayuh puasa sunat esok..:)..

Sep 11, 2009

Yasin Al-Fadani Bin Muhammad Sholiheen

Lailatul Qadr..

Lailatulqadar ialah satu malam yang amat agung pada setiap Ramadan. Ia juga malam perhubungan mutlaq antara bumi dan alam al-Malaul-A'la. Pada malam itu juga diturunkan al-Quran keseluruhannya ke langit dunia sebelum diturunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad SAW seperti firman Allah "Sesungguhnya Kami sudah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatul qadar." (Al-Qadr:1) Mencari malam lailatul qadar adalah sunat kerana Rasulullah SAW menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim menyatakan bahawa Baginda berusaha sedaya upaya pada malam 10 akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam lain.


Mengenai cerita dan riwayat yang dikatakan berlaku pada malam itu perlu kita selidiki mengenai sejauh mana ia bertepatan dengan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Banyak pandangan beberapa sahabat dan ulama mengenainya antaranya ialah pandangan Imam Ghazali. Menurut beliau malam ini boleh diketahui melalui:

•Jika awal Ramadan pada Ahad atau Rabu, maka lailatulqadar pada malam 29 Ramadan.

•Jika awal Ramadan pada Isnin, lailatul qadar pada malam 21 Ramadan.

•Jika awal Ramadan pada Selasa atau Jumaat maka lailatulqadar pada malam 27 Ramadan.

•Jika awal Ramadan pada Khamis, lailatulqadar pada malam 25 Ramadan.

•Jika awal Ramadan pada Sabtu, maka lailatulqadar pada 23 Ramadan.

Selain tanda itu malam ini juga boleh dikenali dengan beberapa tanda iaitu:
•Malam itu langitnya kelihatan suci bersih.
•Bulan bercahaya segar dan terang benderang.
•Udaranya nyaman, tidak sejuk dan tidak panas.
•Langit tidak diganggu bintang.
•Matahari pada waktu paginya memancarkan cahaya seimbang seperti cahaya bulan purnama.

Bagaimanapun, lailatulqadar ialah rahsia yang hikmahnya supaya umat Islam terus mencari dengan menggandakan amal ibadah. Rasulullah bersabda "Telah datang kepada kamu Ramadan bulan membawa berkat, Allah menyelubungi kamu, lalu ia menurunkan rahmat serta menghapuskan kesalahan-kesalahan. Allah SWT memperkenankan doa pada bulan itu. Allah juga melihat perlumbaan antara kamu pada Ramadan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu kepada malaikat. Oleh itu hendaklah kamu membuktikan kebaikan kamu kepada-Nya. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang dijauhkan atau diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmat-Nya." (Riwayat Tabarani)

Aug 29, 2009

Iftor Jama'i Maahad Ahmadi N.9

Assalamualaikum wbt,


Iftar Jama'i MANS ALUMNI 2009

Sekadar memanjangkan hebahan tentang program Iftar Jama'i yang akan dianjurkan oleh MANS ALUMNI (Alumni Maahad Ahmadi Negeri Sembilan) dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah Negeri Sembilan.

MAJLIS BERBUKA PUASA 2009
ANJURAN MANS ALUMNI DENGAN KERJASAMA SEKRETARIAT MAHASISWA TIMUR TENGAH(SMAT)

Tarikh: 5 SEPTEMBER 2009
Tempat: PUSAT DAKWAH ISLAMIYAH, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Bayaran: RM 40 (SEORANG)
Kumpulan Sasaran: SEMUA PELAJAR LEPASAN MAAHAD AHMADI SERTA GURU-GURU MAAHAD AHMADI NEGERI SEMBILAN
TENTATIF PROGRAM
6.30 pm: Ketibaan Dan Pendaftaran
7.00 pm: Ucapan Pengenalan Program Oleh Abdul Halim Abdul Hamid
7.20 pm: Bacaan Doa Oleh Muhammad Fakhruddin Arrazi Misni
7.30 pm: Solat Maghrib Berjemaah
7.45 pm: Ucapan Wakil Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, Wakil SMATT (Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah) dan Penasihat Program
8.00 pm: Iftar Jama'i
8.35 pm: Sesi Fotografi Dan Bersurai
MAKLUMAN PENTING
1.Bagi yang ingin menyertai program ini, sila berikan nama anda kepada Hasziq (019-3993565) atau Khadijah (013-2003728) sebelum hari RABU (2 September 2009).
2.Sebarang pembayaran boleh dibuat melalui akaun Najwa Shakirah Mohd Nor (Bank Islam: 14162020205298)
3.Bagi sesiapa yang telah membuat pembayaran melalui bank, sila maklumkan kepada Nurul Hidayah Abdul Ghani (019-3992094). Resit hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.
4.Sebarang persoalan/komentar bolehlah diajukan terus kepada wakil sel pelaksana kami iaitu Khairil (019-6859272), Muazzim (013-2761997) atau Fitrina (012-2830778 @ 013-6290882).
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

May 24, 2009

Aku dan kehidupan..

x de kene mengene pun ngn tajuk ni,,sesaje je...
4 hari di besut,MRSM ULUL ALBAB..mengolah modul ULUL ALBAB untuk kali ke 2...setakat ini pencapaian pelajar ULUL ALBAB menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan,,adakah matlamat 55 org khatam dlm masa 3 tahun ini akan tercapai?semua itu menjadi harapan MARA dan seluruh warga yang terlibat.

Aku balik ke Serting hari khamis,,setelah di delaykan oleh AIR ASIA,akhirnya sampai jua ke LCCT jam 1 pagi,nasib baik si dudesementara jemput,pegi balik delay,,nak wat cane,,ikut yo lah..

seminggu ni mcm2 yang aku lalui,,kes semban,serai dah tumbuh pucuk,,fuh,,semangat beb bile tgok da mule menumbuhkan daunnya,,kami up lagi 2 ekar,,jadi keseluruhan jadi 5 ekar..semoga menjadi kenyataan,,sekarang berminat projek ikan keli organik,,sesuai untuk org2 tak rajin sgt mcm aku ni,,insyaallah akan menyusul..

Nie baru sampai dr seremban..esok ahli baru kuage kami akan menjejakkan jasadnya ke rumah kami,,akan menjadi sebahagian dr kuage kami,,akan ku belai,,manja,,dan memberi kasih sayang secukupnya,,huh,,tak sabar menanti hari esok,,,siape atau ape ye yang aku maksud kan ni?em,,,ni la deh..

May 20, 2009

Keajaiban Al-Quran Statistik Keajaiban Al Quran

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan :-

Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran
Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24
Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365
Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13

Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).

Jika dibuat kira-kira mudah :

Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%

Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini.

Wallahualam...

May 16, 2009



Ini budak nama di si bobot dari marikh,,tapi sekarang da kurus da sebab demam 2 minggu aritu,,da pandai becakap,,tapi jalan tak boleh laie,,nak oiii,,,bile la ko nak jalan???rindu kat si bobot dr marikh ni......

May 15, 2009

Shoubra


Ini adalah gambar tempat aku blaja dulu,,Shoubra..huh,,tejumpe plk blog member2 lame,,ape lagi kasi angkat la ini gambar,,tq haji Ashraf..banyak kenangan aku mase blaja kat sane nih..dengan imtihan e,klas e..hahahha mcm poie jooo...member2 shoubra yg lain kalau antum tgk gambar ni,,mesti teringat nostalgia2 silm beb,,,
kenangan mesra lalu,,mengusik jiwa......

Meningitis: Satu maut di Seremban

May 15, 09 6:22pm
Kementerian Kesihatan mengesahkan satu kematian pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jempol, Negeri Sembilan, di hospital Seremban semalam akibat meningitis.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata hasil bedah siasat didapati mangsa mengidap acute pericarditis dan kementerian masih menyiasat punca sebenar kejadian ini.

"Buat masa ini, terdapat dua kes yang dirawat di wad pengasingan, Hospital Jempol. Keadaan mereka adalah stabil.

"Sebanyak 29 orang pelatih berada di dalam pemerhatian," katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata aktiviti pemantauan ke atas pelatih dan kakitangan di Pulapol itu terus dijalankan oleh petugas kesihatan selama 24 jam dan sesiapa yang mempunyai gejala jangkitan akan dirujuk terus ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

Mohd Ismail berkata, sehingga kini, sebanyak 166 orang yang berhubung dengan kes dikenal pasti dan diberi antibiotik profilaksis.

Mengenai situasi semasa wabak disyaki meningitis di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, beliau berkata sebanyak 32 kes masih lagi dirawat di wad pengasingan Hospital Melaka.

Beliau berkata daripada 42 kes yang dirawat semalam, 10 daripada mereka telah dibenarkan pulang dan tiada kes baru dimasukkan ke hospital.

Pagi semalam, Bernama melaporkan, orang ramai yang berada di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban heboh apabila mendapat tahu seorang anggota polis dari negeri ini baru meninggal dunia akibat jangkitan wabak tersebut.

Kekecohan itu dilaporkan berlaku selepas mereka melihat kakitangan hospital itu menggunakan penutup muka dan sarung tangan semasa menguruskan jenazah seorang anggota polis yang berasal dari Sabah yang meninggal di hospital itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainal Ariffin Omar semalam berkata jenazah anggota polis terbabi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

PaLeQ: Alamak,,dekat je ngn uamh aku ni,,PULAPOL...!!!!

May 14, 2009

Ayo..nak kelirukan Umat Islam la tuhhhhh......



Calsberg Malaysia yang beroperasi di Shah Alam akan meluaskan pasaran produk beer tanpa alkohol yang akan khusus di negara-negara Arab Asia Barat.

Oh dah ada calsberg halal la pulak..walaupun tanpa cap halal. Isk susah juga ya satu jenama pastu ada halal ada haram.

Sekarang order di kedai mamak "kopi tongkat ali satu!" pasni ada pulak yang minta "Caslberg halal satu!"

p/s:bahaya nih..mengelirukan umat Islam.!!!

May 10, 2009

Uwais..Unit Naziran,Serai dan ulul Albab

Uwais Al Qarni
Uwais demam dan semput seminggu lepas,,smlm aku bwk ke KPJ Hospital Pakar Pantai,,biarpun mahal,,demi anak,,seorang bapak sanggup berkorban harta .Hari Ibu hari ini,,biarpun tiada dalam kitab,,boleh di ambil sempena mengucap,,mengenang atau merenung pengorbanan seorang perembuan yang bergelar 'IBU'..terima kasih perempuan yang bergelar ibu,,yang bersusah payah melahir,,membesar dan mendidik..memberi kasih sayang dan sebagainya,,
Unit Naziran Mara
Selasa 12/5 ini,,unit Naziran akan menjengah ke maktab aku,,huhuhu,,berbagai perasaan yang timbul,,seram,,kaget,,panik ,,,gemuruh,,cuak dan sebagainya,,kui,,kui,,da 4 taun aku berkecimpung dlm bidang perguruan nih,,ni la kali pertame,,"ape2 pun gua ttp rilex"..(ayat amin)
Projek Serai
Serai dah di tanam siang tadi (Ahad 10/5)..baru mulekan 1 ekar,,yang lebih sambung esok,,dengan izin Allah..hujan membasahi bumi serting hilir hari nie,,Alhambulillah,,syukur,,dah naik kontang tanah..cuak jgk aku hari tu,,cane la nak tanam tanah kering nih,,tgok hujan lebat plk lepas tanam,,bakal menyusul akan datang,,Projek Tebu plk,,huhuhu,,projek manjang..jadi kayo ni nanti,,hahahha..
Mrsm Ulul Albab.
Minggu depan pulak,,aku kene ke Besut,,ape lagi Ulul Albab la,,pemurnian Modul Hafazan,,seminggu kat sane..godek2 tenet ni tejumpe plk blog mengenai program Ulul Albab..
http://ululalbabkoputra.blogspot.com
sesape berminat,,boleh la cube2 klik link nih..

berdasarkan maklumat,,pgram ni berjalan seperti yang dirancang,,ade budak yang da sampai juzuk 5 dalam masa 5 bulan,,bagus tu,,ape2 pun ini antara laporan diorang yang aku copy,,kagum aku..

May 8, 2009

Semangat tu bagus..tp perlaksanaan kurang tepat..

Syarat sah solat antaranya ialah menutup aurat. Menutup aurat pula bagi lelaki ialah dari pusat sampai ke lutut dan pakaian tersebut hendaklah bersih.

Bagaimana dengan memakai t'shirt yang bercetak? Kena lagi kalau bercetak dengan gambar syaitan. Kalau kita perhatikan memakai t'shirt bercetak dalam masjid macam menjadi trend pula dikalangan remaja.

Memakai t'shirt bercetak sememangnya sah tetapi menggangu orang lain yang bersolat di belakangnya dan seperti tidak beradab.

Cuba lihat pakaian remaja di bawah. Remaja ini menunaikan tanggungjawabnya dengan bersolat tetapi kalau diamati tulisan di baju yang dipakainya tu

"BORN TO ROCK DRINK AND F**K" .

Tak sesuai langsung. Lebih baik mamat tu terbalik sahaja t'shirt tu sebelum solat.Inilah pengaruh barat yang dibawa ke dalam masjid. Masyaallah..

Related Posts with Thumbnails