Jan 31, 2009

Mutu Sperma terjejas?

NEW YORK: Lelaki yang menghabiskan masa berjam-jam menggunakan telefon bimbit setiap hari mungkin menjejaskan mutu spermanya, menurut hasil kajian awal tiga penyelidikan.

Dalam kajian ke atas 361 lelaki yang ditemui di klinik masalah kesuburan, penyelidik di Klinik Cleveland menemui kaitan antara penggunaan telefon bimbit pesakit dan kualiti sperma mereka.

Secara umum, lelaki yang lebih banyak menghabiskan masa menggunakan telefon bimbit setiap hari, lebih rendah jumlah sperma mereka dan lebih besar peratusan sperma tidak normal.



Penemuan itu, yang diterbitkan dalam jurnal Kesuburan dan Kemandulan, menambah persoalan mengenai kesan potensi kesihatan terhadap telefon bimbit dan peralatan tanpa wayar lain. Sesetengah kajian, misalnya, mengaitkan penggunaan jangka masa panjang telefon bimbit dengan risiko lebih tinggi ketumbuhan otak, walaupun banyak kajian lain tidak menemui kaitan seperti itu.

Kebimbangan lain ialah, tenaga elektromagnetik yang dikeluarkan dari telefon bimbit mungkin secara teorinya membahayakan tisu badan - dengan memusnahkan DNA.

Namun, penemuan baru tidak membuktikan telefon bimbit boleh memusnahkan sperma, menurut penyelidikan itu.

“Keputusan kami menunjukkan kaitan rapat penggunaan telefon bimbit dengan penurunan kualiti air mani. Namun, ia tidak membuktikan punca dan kesan terhadap sesuatu perhubungan,” kata ketua penyelidik Ashok Agarwal kepada Reuters Health.

Beliau dan rakannya membuktikan penemuan mereka berdasarkan sampel air mani daripada 361 lelaki yang datang ke klinik kesuburan mereka dalam tempoh setahun. Semua lelaki terbabit disoal mengenai tabiat penggunaan telefon bimbit mereka.

Secara umum, penyelidik mendapati, jumlah sperma dan kualitinya semakin berkurangan dengan tambahan jumlah jam penggunaan telefon bimbit harian.

Lelaki yang mengatakan mereka menggunakan telefon bimbit lebih empat jam sehari mempunyai jumlah sperma purata terendah dan paling sedikit sperma sihat. - Reuters

Jan 30, 2009

ALHAMDULILLAH.......

Terima msg dr BSM MARA..aku stay in serting...masih ade jeki lagi aku di sini..tak payah pindah ke BESUT...Selamat pakcik..,,

Thank You MARA...

tertanyo2

Hari ni 30/1..jawapan dari BSM bahagian pertukaran tak dapat lagi ni...sepatutnye lapor diri isnin dopan..aduih,,cano nih?..aku mmg buat2 yakin je stay kat serting nih..jgn2 diorang tolak tak permohonan aku aritu..kui..kui..padan muke aku,,

skrg ni sdg aktif membelasah ping-pong..walaupun tak handal mane,,minat tu tinggi woo..da ade kelab da ping-pong serting ..tak letak name lagi..ok la,,diorang banyak begi tunjuk ajar,,cume getah raket aku je da nazak,,diorang ping pong sampai rm500 ooo raket eee,,gilos botol...nanti2 la ade wit sikit nnti tukar la...

ok,,nak gi jumpe Tuan Haji Ghazi ni ha,,mintak die follow up pasal aku ni,,isnin depan aku cuti..buat pasport nak g umrah..siap singgah mesir tu..

rindu kat mesir oooo....

Jan 27, 2009

Ape?uwais nak dapat adik??

Hasil pemeriksaan..anda disah kan mengandung.......!!!!
Kata alat ujian air kencing kepada ummu uwais...haha..uwais akan jadi ABANG...terima kasih Ya Allah..kau kurniakan lagi pada kami nikmat anak..rezki Allah memang tidak dijangka..baru mlm tadi aku mimmpi dapat beras yang berkualiti..da la beras..org tu siap ckp,ni yang paling berkualiti..mahal ni..

Tahniah buat PaleQ dan Yus..bakal menimang cahaya mata yang ke 2..bakal jadi Bapakani la ni..

selamat mengandung Ummu Uwais..

Selamat Pengantin Baru PUTAT!!!

Semalam 26/1/09..Putat atau nama sebenar Zulfadzli zulkifli telah pun melangsung kan perkahwinan dengan bini ee lah..mase kenduri tu sempat la kau jumpe bebudak ni yang lame sgt da tak jumpe,,yang NUMRAM,NUMRAJ.PMRAM,DANDARAWI dan mcm2 pertubuhan lagi..yang paling lame aku tak jumpe si haizam@gaban..hahhaha makin cun kate Ayol...hahhaha..ade plk sorang budak tu..aku ingat die dtg ngn si Black..rupe2 nye si Nana@liyana Ishak..teringat mase tahfiz 7 dulu..mase zaman budak2 la tu..tak perasan aku tu de..

Si Buruan still macho,,siap paki nick dudesementara..semoga sahabat aku tu cepat bertemu jodohnye yang baru..relex aaa Burr..si herma ruoe2nye mengajar di Sri Jempol..Pendidikan Khas..betu2 depan Mrsm aku tu..ado gak member2 seangkatan yang same se serting ngan aku,,what ever,,bile kite jumpe member2 lame..terasa persahabatan selama ni tak luput dek zaman,tak lekang dek hujan..esok mule sekolah balik,,aku akan hantar surat mohon tolak ke Ulul Albab,,semoga berjaya,,tapi kalu tak berjaya apo nak di kato..poie yo la,,

Wokeh..catatan
hari ini.
Paleq

Jan 26, 2009

Anda online,anda dibayar....

Saya mendapat email program terbaru cari duit internet iaitu get the bar . Boleh layari di SINI
Menurut kata mereka, kita akan dibayar tiap kali kita melayari internet wow! ye ke?

Konsepnya ialah :
1. Daftar di Sini
2. Download dan install bar
3. Refer seramai mana untuk $1

Bar setelah diinstall di IE



Kita akan cari duit internet dengan setiap kali kita buka browser IE dan login, membuat carian,refer kengkawan dan baca email Bmail.

Oleh kerana program ini masih baru, masih panas lagi saya tidak dapat kepastian adakah program ini benar-benar akan membayar kita. Tetapi oleh kerana join free apa salahnya kita mencuba kerana ia tidak memerlukan banyak masa untuk cari duit internet dengan getthebar ini.



Ok di bawah pula ialah senarai website SCAM @ tipu sepanjang tahun 2008. Kebanyakannya telah ditutup. Siapa sangka perniagaan monsun.biz yang gempak pada tahun lepas dengan promosi hebat di akhbar dan TV rupanya juga scam!

039.BIZ
1Bux.ORG
1DollarPTC.COM
2Bux.COM
2Bux.NET
2Ree.NET
AgeBux.COM
4Bux.INFO
5Buxs.CN

Jan 24, 2009

GERHANA mATAHARI



Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 26 Jan 2009

Dalam masa 2 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.
Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.
Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.
Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Jom Gerhana!

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat Allahyarham Tok Saleh nenda sahabat ku Azrul Baharuuddin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 26 muharam 1430 bersamaan Jumaat 23 Januari 2009..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau..



Tok Saleh berbaju biru kuning..semasa rombongan ke kubu Israel di sinai,mesir pada 2005..

Jan 23, 2009



PARA pelajar yang terpilih menjadi generasi pertama Program Ulul Albab di MRSM Kota Putra, Besut semalam.

MENJADI PERINTIS. Seramai 186 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra di Besut bertuah selepas terpilih menjadi generasi Ulul Albab pertama semalam.

Mereka akan mencipta sejarah sekiranya mencatat kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di samping menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima tahun lagi.

Tambah menarik, Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membuka peluang kepada pelajar program Ulul Albab ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi dalam pelbagai bidang profesional dan teknikal.

Antaranya mengikuti program perubatan di universiti negara Asia Barat dan pusat-pusat pengajian terbaik di negara maju.

Program ini adalah tepat pada masanya ketika dunia dilanda krisis ketandusan pemikir ummah

Jan 21, 2009

kata2 hikmah

# Janganlah disamakan antara orang yang berjimat cermat dengan orang yang kedekut. Orang berjimat selalunya memperhitungkan perbelanjaannya, masuk dan keluarnya wang tersebut dengan tujuan membelanjakan menurut sepatutnya. Sedangkan orang yang kedekut mengumpulkan harta dengan tujuan menambah sebanyak-banyaknya. Orang yang berjimat mengatur hartanya dan yang kedekut diatur oleh hartanya.

# Kata-kata yang paling agung dan mulia adalah Allah. Kata-kata yang paling lembut adalah kasih sayang (ar-rahman-ar rahim). Kata-kata yang paling cepat adalah waktu dan kata-kata yang paling panjang adalah kekal abadi.

# Wanita seperti sungai. Kalau dia tetap tinggal dirumahnya maka seluruh masalah berjalan dengan wajar seperti halnya alur sungai. Jika dia keluar meninggalkan rumahnya maka dia seperti air sungai yang meninggalkan alurnya dan mengancam kerosakan.

# Iri hati dan dengki adalah suatu penyakit yang tidak nampak pada tubuh penderitanya.

# Cacatnya nasihat ialah bila disampaikan secara terang-terangan.

# Sebaik-baik saudara atau kawan ialah bila engkau lupa dia mengingatkan dan bila engkau ingat dia menolongmu.

# Ketenteraman, kedamaian dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh orang-orang yang berbahagia itu akan selalu dianugerahkan kepada yang mendakap mesra keimanan dalam dadanya. Bahkan dengan ketenangan dan sakinah itu imannya akan makin bertambah dan makin kukuh.

# Sabar dan tenang adalah dua kembar yang dilahirkan oleh jiwa besar

Jan 20, 2009

Terjawab Sudah Akhirnya.........

Penantian aku selama ni da terjawab.....2 februari tarikh lapor diri di MRSM KOTA PUTRA ULUL ALBAB..petang tadi amin bgtau..aku igt die gurau2 je,,huh ape lagi nak dikato,,kono la poie biarpun berat ati ni,,aiiii,,,kene la amik angin baru,,selamat tinggal MRSM SERTING..tak sampai setaun pun aku kat sini,,dalam mase setahun ni je aku da pindah 4 sekolah..1/2/2008 dari SMA Haji Mohd Yatim Ulu Gadong ke Institut Tahfiz N9...1/4/2008 aku dipindahkan ke MRSM SERTING..dan yang paling latest 2/2/2009 aku dipindahkan ke MRSM ULUL ALBAB...rekod beb,,mane ade org asyik pindah je,,jgn sangke aku kene pindah sebab masalah disiplin aaaa...sebeb keperluan..ape2 pun aku redho dengan sumua ni,rezki allah ni ade dimane2..ni la deh keje kerajaan,,patuh pada arahan..Ya Allah..permudahkan urusanku,lapangkan rezkiku..peliharalah keluargaku..

Muhammad Sholiheen Osman.
Serting Hilir..

Jan 19, 2009

Syaitan...

9 tYpE oF $ya!+aN

peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang
ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin
selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat
yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga
ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak
syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat. Menggodasupaya manusia
berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah
supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan
rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
menghampiri orang yang berada di tempat-tempat
maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada
minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg
sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan
glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan
fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg
mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK
KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika
tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan
rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami
bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera
dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga
lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan
menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembah api/matahari.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tapi skarang, muncul la plak cucu setan yg cuba
merosakkan umat manusia. mereka ni sedaya
upaya menyesatkan dan merosakkan tubuh bdn
manusia kerana manusia nie terlalu lemah
nafsunye.
nie la list baru setan2 yg kurang diajar....


10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.
Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore,
Beijing &.....

Melalaikan manusia bershopping
sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg
lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai
berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya
amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai
masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan
tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah
hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk
masak kari dan masak lemak.

Ha..tapi tak tau..banyak santan ni, naik arr
kolesterol pastu dpt
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit
jantung..

Jan 16, 2009

Kelebihan Duduk Iftirash


Nak kongsi bersama kebaikan duduk iftirash ni... kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology , bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagiantubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad saw..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..

Hadith shohih riwayat Bukhri.

Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya.Wallahualam..

Jan 15, 2009

Siapakah Yahudi?


Kehilangan tanah Palestin di tanahair sendiri. Yang berwarna hijau tanah Palestin, yang berwarna putih tanah Israel. Ini dari tahun 1946 sampai tahun 2000. Yang terkini nampaknya makin kecil tanah Palestin.

Yang hampehnya Israel mengatakan Hamas sebagai terrorist sedangkan dahulu itu tanah Palestin yang punya.




Siapa sebenarnya Yahudi?

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

SEORANG ANAK MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA

Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu mengherankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak.""Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahwa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya saja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.[]

Berkat Basmalah

BERKAT MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.[]

Anti Kolestrol

10 Jenis Makanan Antikolesterol
Maybe the following info would be beneficial for those who are trying to cut their cholestrol :-
1. SOYA Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
5. IKAN TUNA termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

Jan 14, 2009

Kenderaan Idaman saye!!!

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah rabbul jalil,,masih lagi memberi rezki yang mencukupi untuk keluarga yang dicintai..Saje aku letak gambar motor impian ni(gambar pinjam kat mudah.com),,huh,,dapat ride g mengajar alangkah indahnye,,siap boleh tekan 180km/j lagi tu,,insyallah..


selain Super bike ni,,aku juga minat choper,,kene study ni bab2 ni..minat beb,,,





Jan 11, 2009

Adab Isteri Dengan Suami

Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;

-SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita.
-MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya.
-MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu)
-JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri.
-JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain.
-JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain.
-JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka.
-JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain.
-Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka.
-Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI, ORANG TUA serta keluarga suami.

Jan 10, 2009

GAZA



Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)Mufti Republik Arab Mesir, Dr. Ali Jum'ah mengecam keras pembantaian yang dilakukan Israel terhadap penduduk Ghazah dan menyatakannya sebagai tindakan paling biadab terhadap kemanusiaan. Dr. Ali Jum’ah meminta seluruh organisasi antarabangsa untuk lebih serius umtuk sekian kalinya, dalam menjalankan seluruh keputusannya yang melibatkan isu penjajahan Israel di tanah Palestin."Seluruh dunia pernah mengecam Nazi karena tindakan keji mereka membunuh orang-orang Yahudi. Kini pembantaian keji pula dilakukan ke atas orang Palestin yang ditentang sama sekali oleh seluruh agama samada Islam, Kristian, Yahudi dan seluruh bani Adam yang berakal", kata Dr. Ali Jum'ahSementara Dr Yusuf al Qaradawi, Presiden Ulama' Islam Sedunia turut mengecam jenayah Zionis dengan apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran hak asasi sedunia. Demikian itu Dr. Yusuf al Qardhawi meminta agar semua masyarakat Muslim bersatu menentang kebiadaban Israel di Ghazah.Hal turut sama disentuh oleh pemimpin utama Iran, Ayatollah Ali Khameinei dengan mengisytiharkan fatwa yang sekian banyaknya diwartakan, iaitu kewajipan membantu saudara Islam di Palestin."Seluruh pejuang Palestin dan umat Islam dunia, bertanggungjawab mempertahankan wanita, kanak-kanak dan penduduk Ghazah dengan apa jua cara. Mereka yang terbunuh dalam melakukan pembelaan tanah air ini adalah mati syahid", katanya.Beliau turut mengkritik beberapa respon negara Arab yang dianggapnya tidak munasabah dalam menghadapi kemaraan Israel di tanah saudara seaqidah mereka. Menurut beliau, bencana paling besar adalah tindakan beberapa kerajaan Arab yang sehingga kini hanya berdiam diri. Sepanjang serangan tersebut, Iran telah mengotakan janjinya iaitu menawarkan bantuan perubatan dan ketenteraan kepada penduduk di Ghazah.Sementara Dr. Mohammed Mahdi Akef, Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin pula meminta pemimpin Arab khusus di negaranya iaitu Presiden Mesir, Husni Mubarak supaya bertaubat kepada Allah. Gerakan politik Ikhwanul Muslimin mengerahkan penduduk Mesir untuk mengadakan demonstrasi agar pemimpin negaranya membuka pintu sempadan Ghazah.Tindakan Husni Mubarak yang enggan membuka pintu sempadan dengan Ghazah begitu mencurigakan, seolah-olah pemimpin itu bersekutu dengan kerajaan Israel.

Jan 8, 2009

senarai boikot

Senarai barangan@ produk yang perlu di boikot!!!

Jan 7, 2009

Angkara ISRAEL LAKNAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kejam! Kejam! Kejam!


MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.

Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.

Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.

Jan 5, 2009

Wanita paling ramai masuk neraka

MENGENANGKAN banyak antara kaum perempuan menyeleweng daripada ajaran Islam disebabkan beberapa sifat buruk yang sepatutnya dijauhi, Rasulullah SAW menasihati dan menggalakkan mereka supaya selalu bersedekah. Hal ini kerana sedekah akan menolong mereka di dunia dan akhirat.

Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”

Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).”

Jabir (rawi hadis ini) berkata: “Golongan perempuan itu pula tampil bersedekah barang perhiasan badan mereka, mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Kaum perempuan diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya – sebagai ibu yang dihormati, isteri dikasihi dan anak disayangi. Selain itu, diberi panduan supaya mereka menjadi manusia beriman dan beramal salih.

Untuk menyedarkan mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati mereka supaya menjauhi apa-apa juga tabiat buruk seperti diterangkan dalam hadis di atas. Perkara itu ditegaskan lagi dalam hadis berikut.

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: "”(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu. Aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.”

Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”
(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

Perbuatan mudah mengutuk, memaki-hamun dan sumpah seranah dilarang Islam sama ada dilakukan oleh lelaki atau perempuan. Tetapi yang banyak melakukannya, seperti yang diterangkan dalam hadis itu ialah kaum perempuan. Sebab itu, Baginda menegur mereka supaya menjauhi perkara yang buruk. – Petikan Mastika Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

waallahu'alam..

Ahlan Wasahlan @ Maassalamah???

5 januari 2009..

HAri nie aku mula bekerja..sampai di MRSM dalam pukul 7.30 pg,,huh maktab sudah bertukar rupa,,menjadi ceria..mungkin sentuhan jiwa dr Haji Ghazi menjadi punca perubahan mendadak pada panorama MRSM serting,,tahniah Haji,,,

Antara benge yang menarik perhatian aku bile terdengar suara2 riang anak murid aku,,"wah,,uztaz ade lagi la!!!!...walaupun maksud sebenar tak berapa pasti,,tapi aku yakin keinginan diorang belajar dari aku ni,,,

semua yang berlalu hai ni menyeronokkan cuma..........


jeng,,,jeng,,,jeng..


05:45:24 pm..

satu msg dari Faizal Mersing yang satu2 nya guru tahfiz yang telah dihantar ke Ulul Albab..

"SALAM.ANTA KENE STANDBY KE KOTA PUTERA"

Adakah?? benarkah??

just wait n see....

Maassalamah atau Ahlan Wasahlan????

Related Posts with Thumbnails