Oct 31, 2008

Tajwid Flash

Bila teknologi bertambah maju,ianya harus dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan beruba ilmiah,dakwah, dan sebagainya.Untuk mempelajari hukum tajwid melalui Komputer, kini telah wujud Tajwid dalam bentuk flash yang mempunyai pembelajaran berupa penerangan audio..fuh canggih dunia arini...

Walaupun begitu,mempelajari hukum tajwid adalah dengan berguru,flsh ini sekadar bahan rujukan bagi mereka yang memerlukan...

klik link di bawah

#File : http://www.ziddu.com/download/2536831/TAJWID.EXE.html

Oct 30, 2008

selesai kursus ku...

Alhamdulillah,tamat da kursus kami..Kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Mrsm zon selatan.Panjang nye name kursus .

Macam2 yang aku dpt dalam kursus ni,isu2,kaedah komunikasi,team work..dan yang paling penting aku dapat jumpe dengan semua Ustaz2 dari seluruh MRSM zon selatan,termasuk dari sabah dan serawak..


Pihak mara sedang berusha untuk mencadangkan penubuhan MRSM ulul Albab..kami berlima menjadi penyusun modul untuk kelas Tahfiz di MRSM yang bakal diwujudkan..semoga usaha ni mendapat keredhaan Allah s.w.t bak kata Prof Said aritu 'reward' dr Allah.

Tapi yang paling memeranjatkan,aku antara calon yang akan dihantar ke sana,alamak,,,baru nak berjinak2 dgn Serting,,da ade ura2 nak tarik plk...entah la...tunggu dan lihat..

Buat anak2 murid tersayang,jodoh pertemuan di tangan tuhan..Don't cry(slash)

salam

Oct 26, 2008

Dahsyat....

Al-Quran dari sudut Matematik dan Sains


Petrol turun 15 sen lagi?

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Ekoran harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, kerajaan membayangkan akan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel pada akhir bulan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengulas penurunan harga minyak mentah dunia sehingga AS$62 (RM221.34) setong kelmarin.

Dalam pada itu, para penganalisis meramalkan fenomena penurunan harga minyak itu akan berterusan.
Mereka menjangkakan harga minyak mentah bagi pasaran Amerika Syarikat akan turun sehingga AS$50 (RM178.50) setong tahun depan.

Harga minyak mentah dunia tiga bulan lalu ialah AS$147 (RM524.79) setong, iaitu paras tertinggi dalam sejarah.

Oct 24, 2008

Minyak sekitar AS$60 setong, pasaran saham merosot

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Harga minyak mentah dunia terus diniaga di bawah paras AS$70 setong dengan komoditi itu berada di paras AS$64.92 (RM230.46) setong dalam dagangannya di pasaran Asia.

Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi New York semalam diniagakan di paras terendah sejak Jun tahun lalu apabila ditutup pada paras AS$66.20 (RM235.01) setong.
Menurut laporan agensi berita AFP, harga minyak yang lebih rendah disebabkan Iran, anggota utama Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mendesak pengurangan pengeluaran menjelang mesyuarat pertubuhan itu di Vienna.

OPEC akan bermesyuarat Jumaat ini di Vienna ketika sistem kewangan global sedang menghadapi krisis terburuk sejak 'Kemelesetan Terburuk' (Great Depression).
Beberapa negara anggota OPEC menggesa pemotongan pengeluaran antara sejuta dan 2.5 juta tong sehari bagi membantu memulihkan harga pasaran, tetapi Arab Saudi masih bertindak berdiam diri berhubung pendirian mereka.

Presiden OPEC, Chakib Khelil berkata, sebarang keputusan untuk mengurangkan pengeluaran perlu melihat kesan ketara kepada konsumer dan pengeluar yang terkena krisis kewangan.
''Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang penting.

''Ia berlaku pada pertengahan krisis kewangan di mana banyak negara terkena tempiasnya,'' katanya yang juga Menteri Tenaga Algeria.

Beliau berkata, OPEC tidak mahu anggotanya yang dihimpit krisis kewangan akan terus bermasalah dengan harga minyak mentah yang semakin rendah dan akan mengurangkan pendapatan mereka.

OPEC mewakili 40 peratus jumlah keseluruhan minyak dunia.
Sementara itu, pasaran saham Asia ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan berterusan pelabur terhadap keadaan ekonomi sejagat yang semakin buruk di sebalik usaha berterusan pelbagai pihak untuk mengurangkan krisis kewangan.

Pasaran tidak mempedulikan tanda-tanda krisis kredit akan pulih, sebaliknya menumpukan kepada risiko kemelesetan global yang akan mengurangkan keuntungan syarikat, sekali gus menyebabkan pemberhentian kerja dan berkurang belanja pengguna.
''Ekonomi dijangka akan menyusut pada beberapa suku akan datang dan keuntungan korporat akan mengecil. Fundamental ekonomi masih berada pada paras negatif,'' kata Tomoko Fujii, Ketua Ekonomi dan Strategis di Bank Amerika, Tokyo.

Pasaran saham Jepun ditutup rendah 2.46 peratus atau 213.71 mata kepada 8,460.98, Sydney jatuh 4.4 peratus atau 181.7 mata untuk ditutup pada 3,974.4.

Pasaran saham Seoul paling teruk apabila ditutup 7.4 peratus atau 84.88 mata lebih rendah kepada 1,049.71, manakala Hong Kong jatuh 3.6 peratus atau 506.11 mata kepada 13,760.49 dan Singapura mengalami kejatuhan apabila ditutup rendah 4.14 peratus atau 75.46 mata kepada 1,745.67.

Quran flash..

Kepelbagaian teknologi hari ini banyak menyumbang kpd perkembangan dakwah Islam.
Antaranya kewujudan Al-Quran di dalam bentuk flash..

klik link di bawah untuk download Quran Flash

#File : http://www.ziddu.com/download/2478720/quranflashtajweed.exe.html

50,000 pekerja kontrak k'jaan mungkin diberhenti

Muda Mohd Noor Oct 23, 08 3:42pm

Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menghadapi kemungkinan besar ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini, kata Presiden Cuepacs, Omar Osman.Beliau berkata, pihaknya telah maklumkan oleh ramai kakitangan terbabit bahawa kontrak mereka tidak disambung.Ketika dihubungi Malaysiakini, Omar berkata, penamatan kontrak mereka ditamatkan atas alasan prestasi dan produktiviti pekerja.

Ditanya sama ada ianya kerana kerajaan menghadapi kekangan kewangan, beliau berkata, ia mungkin disebabkan tiada lagi peruntukan gaji untuk kakitangan awam kontrak.Bagaimanapun, katanya, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana yakin kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan mereka.Sehubungan itu, katanya, pihak Cuepacs akan menemui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, tambah Omar, pihak akan menemui JPA selepas mengadakan kongres khas Cuepacs di Kota Kinabalu pada 14 hingga 16 November depan.Golongan ini merupakan kakitangan yang kontrak perkhidmatan mereka disambungkan dari setahun ke setahun."Cuepacs juga akan mengadakan perjumpaan dengan kakitangan kontrak di Kelantan pada 6 November depan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya," katanya.Ditukar statusSelepas itu, kata Omar, perjumpaan yang sama akan diadakan dengan pekerja awam kontrak di negeri-negeri lain.

Sebelum itu, kata beliau, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan JPA untuk menyerapkan kakitangan awam kontrak menjadi kakitangan tetap.Tetapi, kata Omar, ia perlu kebenaran dan kelulusan dari jabatan tempat mereka bekerja sekarang.Cuepacs juga, katanya, telah mendapat tahu bahawa kakitangan kontrak yang belum menerima surat ditamat perkhidmatan, telah ditukar status kepada pekerja awam sambilan."Cuepacs merasakan ia adalah satu tindakan bagi memudahkan pihak jabatan menamatkan perkhidmatan mereka kemudiannya," katanya.

Pekerja kontrak yang diberhentikan itu, tambahnya, masing-masing telah lama berkhidmat antara lima hingga 15 tahun.Bagi menyelesaikan masalah ini, Omar menegakan, Cuepacs mencadangkan supaya mereka dikekalkan sebagai sebagai kontrak untuk selama-lamanya dan tidak diserapkan sebagai kakitangan tetap."Atau kerajaan mencari kaedah lain supaya pekerja-pekerja ini dapat dikekalkan di jabatan masing-masing," kata Omar

Majlis Restu SPM dan Graduasi..

Majlis restu merupakan istilah yang digunakan oleh maktab aku bg majlis Yasin dan solat hajat yg diadakan khas untuk budak2 Form 5 calon SPM. Masa aku kat SMAHMY dulu,mg kami ada mengadakan majlis mcm ni.Majlis sebegini satu motivasi buat pelajar Islam,mengharap dan memohon kpd Rabbul Jalil..doa dan tawakkal...Tak dinafikan la diorang ni mmg cerdik2,bijak dan pandai.Semua tu je tak menjamin kejayaan kejayaan hidup seseorang.Semoga majlis restu ni jadi satu latihan buat mereka bergantung harap pada Allah s.w.t. YA Allah...bantulah mereka mencapai kejayaan yang cemerlang,jadikan lah mereka pelajar2 yang akan menegakkan Islam di bumi Malaysia ni..Ya Rabb..

PaLeQ.

Oct 23, 2008

JANGAN MENGELUH ……….

Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya…………….

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB"
Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

"KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12Kalu engko nak mengeluh lagi …………jom gi ngaji

Oct 22, 2008

Susu ...


ALPHA LIPID ™ LIFELINE ™ Diimport terus dari syarikat New Image International, New Zealand, pengeluar kolostrum terbesar di dunia dan Pemenang Anugerah Eksport New Zealand 3 tahun berturut-turut.
ALPHA LIPID ™ LIFELINE ™ dapat Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dan dijamin HALAL.
SUSU ALPHA LIPID ™ LIFELINE ™ adalah kolustrum kuality tinggin (grade10) dengan formula unit lebih mudah diserap cepat dan berkesan 100% ke dalam system penghadaman berbanding kolostrum jenama lain.
Keberkesanan product ini dalam mengubati bermacam-macam penyakit seperti:

Darah Tinggi,
Kencing Manis (Diabetic)
Asma, Arthritis, Allergy,Buasir,Bisul,Buah Pinggang, Ezema, Fybroid, Gout, Dengue, OSTEOPOROSIS, Gastrik,Haid, Hepatitis B/C,Jerawat,Jangkitan Kuman, Kayap, Kanser, Kencing Manis, Keletihan,Leukimia,Masalah Paru-Paru, Masalah Usus,Migrain,Resdung,Stroke/Lumpuh,sakit Kulit, Ketumbuhan, Thyroid, Demam Campak, Jantung,TB,Parkinson,Ulser,
Lemah Tenaga Batin,Stress, Wanita Selepas Bersalin/Wanita Mengandung,
Sakit Tua,Masalah Haid/Kesuburan,Ahli Bina Badan,Dapat Meningkatkan Daya Ingatan/IQ,Awet Muda,
Kekurangan Oksigen Dalam Darah :good: dan banyak lagi yang telah membuktikan Product Susu Kolostrum Alpha Lipid Dapat Mengubati bermacam-macam penyakit dengan amalan memakan Susu Kolostrum Alpha Lipid dengan Izin Allah..InsyaAllah
ALPHA LIPID ™ LIFELINE ™
dapat Membantu memulihkan pelbagai penyakit..insyaallah
“MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

Doa


Kanser dr bekas makanan!!!!

GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas makanan polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan khususnya risiko kanser.

Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.

Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan berisiko kanser.
"Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan sel darah merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid, ' ' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.Sumber: Kosmo

Oct 21, 2008

Gula oh gula

Gula dan Bahayanya============ =====
Apakah sebenarnya gula?Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidaklangsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula jugaadalah penyebab utama kegemukkan!Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.
Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)

Rahsia Solat....

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Harun Yahya

Siapa Harun Yahya?

Harun Yahya adalah penulis buku dari Turki yang terkenal di seluruh dunia. Pernah di tahan dan diletakkan di pusat sakit jiwa kerana tulisannnya yang hebat dan lantang menentang Yahudi dan membuat kajian berkenaan Islam melalui sains.Mengapa Harun Yahya Dianggap Berbahaya?Yahudi amat licik mencari mangsa untuk dihapuskan. Mereka tidak mencari orang-orang awam yang menyertai demonstrasi jalanan menentang zionis, tetapi mereka mencari penusis-penulis buku yang dijangka sebagai racun utama kepada masyarakat.Buku pertama beliau bertajuk, Judaism and Freemasonry yang diterbitkan pada 1986 telah menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin Freemason aliran sekular di Turki. Akibatnya beliau dipenjara dan dikurung di hospital pesakit mental di Ankara.Dalam buku itu, beliau mengutuk habis-habisan fahaman agama Yahudi iaitu Judais dan pertubuhan Freemason. Beliau juga menegaskan dalam bukunya bahawa kitab Taurat yang digunakan oleh masyarakat Yahudi sekarang adalah palsu.Namun tentang dan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kurang memberi kesan kerana beliau lahir dari keluarga kaya raya dan elit. Beliau banyak menggunakan wang-wangnya untuk tujuan berdakwah, membuat risalah dan mengedar kepada orang ramai.Selepas keluar dari penjara pesakit mental itu, Harun Yahya tidak gentar malah berani menentang Yahudi secara terbuka dengan menerbitkan suatu lagi buku kontroversi pada 1996 iaitu Soykurum Yalam (The Holocoust Lie).Kini Harun Yahya amat terkenal dan berpengaruh ditambah pula kerajaan Turki sekarang dipimpin oleh pemimpin revolusi Islam dari parti AKP, Recep Tayyip Erdogan. Kedua-dua mereka mempunyai zaman yang sama dan jihad yang satu.Harun Yahya dengan jihad ilmu-ilmu sains sosialnya manakala Recep Tayip Erdogan dengan jihad politiknya.

Oct 19, 2008

KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN

PENGENALAN ASAS ILMU QIRAAT



KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN



Hadis daripada Sayyidina Uthman bin Affan r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda

:خيركم من تعلم القرءان وعلمه.

( Hadis riwayat Bukhori, Abu Daud dan Tirmizi )


2. Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud, sesungguhnya Nabi saw bersabda

:من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول الم حرف ولكن الف حرف ولام حرف وميم حرف.

( Hadis riwayat Tirmizi )

3. Hadis daripada Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Nabi saw bersabda:

من شغله القرءان وذكري عن مسألتي، أعطيته افضل ما أعطي السائلين، وفضل كلام الله تعالى على سائرالكلام كفضل الله على خلقه ( Hadis riwayat Tirmizi )

4. Hadis daripada Anas bin Malik r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda:

إن لله أهلين من الناس، قالو من هم يا رسول الله، قال أهل القرءان هم أهل الله وخاصته

(hadis riwayat An Nasai’)

5. Hadis daripada Mu’az bin Anas, sesungguhnya Nabi saw bersabda:

من قرأ القرءان وعمل بما فيه ألبس الله والديه تاجا يوم القيامة ضوءه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا فما ظنكم بالذي عمل بهذا (hadis riwayat Abu Daud)


KITAB-KITAB ASAS QIRAAT


1. Matan Asy Syatibi

Matan ini dikarang oleh Imam Al Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Imam Asy Syatibi.. Berasal dari Andalusia, Sepanyol. Wafat pada tahun 590 hijrah. Beliau menjadikan kitab tahbir at-taisir sebagai sumber karangan beliau.


2. Matan Al Jazari

Matan ini dikarang oleh Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf atau lebih dikenali sebagai Imam Al Jazari. Dilahirkan pada tahun 751 hijrah dan wafat pada tahun 833 hijrah. Berasal dari Damsyiq. Antara kitab-kitab yang menjadi sumber dalam menulis matan beliau ini ialah kitab taisir, kitab nasyrul Asyri dan kitab toyyibah.

Oct 18, 2008

KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN

KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Hadis daripada Sayyidina Uthman bin Affan r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda
:خيركم من تعلم القرءان وعلمه.
( Hadis riwayat Bukhori, Abu Daud dan Tirmizi )
2. Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud, sesungguhnya Nabi saw bersabda
:من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول الم حرف ولكن الف حرف ولام حرف وميم حرف.
( Hadis riwayat Tirmizi )
3. Hadis daripada Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
من شغله القرءان وذكري عن مسألتي، أعطيته افضل ما أعطي السائلين، وفضل كلام الله تعالى على سائرالكلام كفضل الله على خلقه ( Hadis riwayat Tirmizi )
4. Hadis daripada Anas bin Malik r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
إن لله أهلين من الناس، قالو من هم يا رسول الله، قال أهل القرءان هم أهل الله وخاصته
(hadis riwayat An Nasai’)
5. Hadis daripada Mu’az bin Anas, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
من قرأ القرءان وعمل بما فيه ألبس الله والديه تاجا يوم القيامة ضوءه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا فما ظنكم بالذي عمل بهذا (hadis riwayat Abu Daud)
KITAB-KITAB ASAS QIRAAT
1. Matan Asy Syatibi
Matan ini dikarang oleh Imam Al Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Imam Asy Syatibi.. Berasal dari Andalusia, Sepanyol. Wafat pada tahun 590 hijrah. Beliau menjadikan kitab tahbir at-taisir sebagai sumber karangan beliau.
2. Matan Al Jazari
Matan ini dikarang oleh Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf atau lebih dikenali sebagai Imam Al Jazari. Dilahirkan pada tahun 751 hijrah dan wafat pada tahun 833 hijrah. Berasal dari Damsyiq. Antara kitab-kitab yang menjadi sumber dalam menulis matan beliau ini ialah kitab taisir, kitab nasyrul Asyri dan kitab toyyibah.

HUKUM WUDHU' BAGI YANG MENYENTUH PEREMPUAN

Dalam siri sebelum ini, secara ringkas para pembaca telah diterangkan berkenaan salah satu bentuk dalam disiplin ilmu taujih qiraat iaitu taujih fiqhi. Para pembaca juga dapat melihat secara umum berkenaan hubungan antara ilmu qiraat dan fiqh Islam serta manhaj fuqaha' ketika berhujah dengan ilmu qiraat. Pada kali ini penulis cuba membawa ke hadapan para pembaca contoh perbezaan qiraat pada ayat al-Quran yang menjadi dalil kepada para ulama fiqh bagi menetapkan atau mensabitkan mazhab mereka terhadap sesuatu hukum.

HUKUM WUDHU' BAGI YANG MENYENTUH PEREMPUAN
Para ulama fiqh telah berselisih pendapat berkenaan hukum wudhu' bagi lelaki yang menyentuh perempuan. Perbezaan ini berpunca daripada perbezaan qiraat yang terdapat pada kalimah ( لامَسْتُم ) pada ayat 43 Surah al-Nisaa serta ayat 6 Surah al-Maidah. Nas di dalam Surah al-Nisaa ialah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلا جُنُبًا إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

Oct 17, 2008

Pendidikan Agama Islam

Khas untuk pelajar2 MRSM..ustaz ade sediakan nota untuk di download.Segala nota untuk Ting 1,2 dan 3 Pendidikan Islam PMR..manfaatkan bersama..

PAI Ting 1
#File : http://www.ziddu.com/download/2422586/NOTAPENDIDIKANISLAMTINGKATAN1.zip.html
Pai Ting 2
#File : http://www.ziddu.com/download/2422639/NOTAPENDIDIKANISLAMTINGKATAN2.zip.html
Pai Ting 3
#File : http://www.ziddu.com/download/2422812/NOTAPENDIDIKANISLAMTINGKATAN3.zip.html

PENGORBANAN SUAMI PADA ISTERI/LELAKI PADA WANITA

Pada akhir zaman yg serba canggih dan moden ini,ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yg di lakukan oleh si suami.Mari kita lihat antara apa yg lelaki korbankan utk wanita ataupun isteri..

1.KAIN,kain lebih banyak ukurannya utk buat baju kurung daripada seluar lelaki.Lelaki sanggup beli kain yg banyak utk isteri.

2.MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/oven/dan mcm lagi mesin kat dapur rumah,semuanya lelaki lebih rela tak pakai,semuanya "ikhlas" bagi isteri guna.

3.SABUN,BERUS,PENYAPU,sekarang ni anda semua tahu harga barang semuanya naik.lelaki Sanggup beli setiap bulan utk isterinya sedangkan lelaki tak pernah gunakanya.

4.TUALA,lelaki Cuma pakai sehelai saje tuala sedangkan setiap bulan wanita bertukar- tukar tuala..

5.BAJU,lelaki Cuma pakai sehelai saje baju dlm satu masa,tp wanita pakai dua.....

6.BARANG KEMAS,lelaki tak pun pakai rantai emas,subang emas,gelang emas.....tp beli jugak utk isteri...

.7.ALAT SOLEK,lelaki rela tak pakai gincu,maskara,eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi Sanggup beli utk isteri.

8.KASUT,lelaki lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah demi isteri dia sanggup beli yg bertumit tinggi...

9.REHAT,40 hari wanita di beri rehat slps melahirkan anak sedang kan lelaki mungkin akan diberhentikan Kerja kalau rehat sebegitu lama....

10.AMBULANS,setiap kali nak melahirkan anak,wanita dapat merasa naik ambulans sedangkan lelaki Cuma ikut dr belakang dgn kenderaan sendiri

.MORAL:JGN DERHAKA PADA SUAMI..WARG...WARGH.......Renung2kan dan selamat beramal...

Pelajar pukul cikgu

KANGAR 16 Okt. - Dua orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa menendang dan memukul seorang guru Fizik berusia 27 tahun setelah dipercayai tidak puas hati dengan tugasan kerja kursus yang diberikan kepada mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kedua-dua pelajar tingkatan dua itu dikatakan dipanggil guru berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkataan kesat yang ditulis dalam kertas kerja kursus yang dihantar.

Menurut seorang guru sekolah tersebut yang enggan dikenali, kejadian berpunca daripada keengganan pelajar itu untuk menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka beberapa minggu lalu.

Katanya, pelajar itu gagal menghantar tugasan yang diberikan dan hanya menghantar kepada guru tersebut hari ini selepas diminta berulang kali.

"Tetapi apabila tugasan dihantar terdapat perkataan kesat ditulis dalam buku tugasan mereka dan guru itu memanggil dua orang pelajar tersebut untuk mendapatkan penjelasan tetapi mereka bertindak di luar dugaan apabila memukul dan menendang mangsa beberapa kali.
"Guru itu yang terkejut dengan tindakan pelajar tersebut cuba mempertahankan diri dan berlaku sedikit pergelutan antara mereka," katanya di sini hari ini.


Bagaimanapun guru wanita itu difahamkan hanya mengalami cedera ringan tetapi enggan ditemuramah pemberita kerana masih trauma dengan kejadian tersebut.
Difahamkan selepas pergaduhan itu, pelajar berkenaan yang dipercayai turut terlibat dalam kegiatan gangsterisme masih tidak berpuas hati dan bertindak memanggil beberapa rakannya yang lain untuk mencari guru itu.


Insiden yang berlaku dalam kelas itu sempat dirakamkan menggunakan telefon bimbit oleh seorang guru lain yang kebetulan melalui kelas terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.


PaLeQ: kalau aku la yang kene..mmg lunyai budak tu,,kurang hajar,,,siap bwk kaum tu nak bedal cikgu,,aiii,,bebudak zaman skrg,,tak tau martabat seorang guru tu,,kepada budak pompuan 2 ekor tu,,semoga hidup kalian mendapat kejayaan yang cemerlang...

Oct 16, 2008

Fakta-fakta pelik yang kita tak tau :

* Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

* Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

* Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

* Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

* Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

Hari ini...

Hari ni aku ade mesyuarat Majlis Graduasi.Dr pukul 3 sampai pukul 5 ptg,,penin pale aku,,banyak la plk kojo eee,,nak kene siapkan dewan untuk satu2nya majlis yang agak Grand di maktab ni,,,da la org baru,,hapah tak tau,,moga2 ajk2 yang lain turut membantu..bak kata pepatah,yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing...sumo cikgu2 mrsm ni kan profesional,tak kan la diorang yang tolong yo tak?ape2 pun pengalaman aku kat MRSM ni walaupun baru ianya banyak membantu aku lebih mengenali dunia pendidikan..

Tgh ari tadi dapat tau,name aku da muqayyad untuk dip Pendidikan,,kursus kek MPI bangi,,alhamdulillah dapat gak aku g amik dip pendidikan ni..taun 2006 dulu mase di bawah jabatan Agama Islma N9..name tercicir,,rupe2 nye Allah nak bagi taun ni..

Semoga Ilmu yang bakal diperolehi nanti memberi manfaat buat org lain..lebih2 lagi student2 aku..

salam..PaLeQ

Oct 15, 2008

Pedang

Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya keperingkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekarsilat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendakimenunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilahpedang.Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedangdari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuhlalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samuraiJepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiadatandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penontonberdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya,mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahannafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh danterbang.Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangansalah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan"

Seorang Ibu....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3)Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar'pada mukasurat yang ditulisnya.


Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"WahaiRasulullah, siapakah yang paling berhakmendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulangsebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudaraterdekatmu."

Oct 14, 2008

Qiblat...

INFO: Kaedah Penentuan Kiblat
Berpandukan kepada matahari dan bintang. Ia khusus apabila dalam keadaan terdesak seperti di tengah hutan belantara pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu>

>Cara 1.Pada waktu malam yang gelap, cari bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

>Cara 2 Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

>Cara 3 Jika pada waktu siang bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan terbenam. Arah terbit pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ia boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

> Cara 4 Dengan menggunakan posisi ¡Istiwa¢ iaitu matahari di atas Kaabah. Kaedah ini berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku dua kali dalam setahun dalam pergerakan matahari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.

INFO: Kaedah moden tentu kiblat

Pengiraan arah kiblat
Hitungan berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan gedang bumi (great circle).
Membabitkan model Matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi rujukan (Kaabah).


Kompas Prismatik
Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas merujuk ke arah utara.
Arah utara magnet tidak semestinya bersamaan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet.
Antara masalah yang boleh timbul menggunakan kompas ialah tarikan graviti tempatan apabila ada bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas digunakan. Boleh digunakan sebagai alat alternatif jika alat lebih sesuai tiada.


Penggunaan Teodolit
Teodolit ialah antara alat moden yang diguna pakai oleh kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat.
Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat

Kita sebenarnya atau sebenarnya kita..?

  • Kita sebenarnya....Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..
  • Kita sebenarnya....Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
  • Kita sebenarnya....Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
  • Kita sebenarnya....Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
  • Kita sebenarnya....Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
  • Kita sebenarnya....Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
  • Kita sebenarnya....Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..
  • Kita sebenarnya....Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..
  • Kita sebenarnya....Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
  • Kita sebenarnya....Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
  • Kita sebenarnya....Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
  • Kita sebenarnya....Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..
  • Kita sebenarnya....Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..
  • Kita sebenarnya....Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..
  • Kita sebenarnya....Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..Kita sebenarnya....Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..
  • Kita sebenarnya....Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
  • Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???
  • .
  • "Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberirezeki di dalamnya tanpa dihisab."(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)-wallahua'lam-

Oct 12, 2008

Langkahku bermula......

Bermulanya langkahku sebagai seorang bloger..semoga perkongsian yang tidak seberapa mendatangkan manfaat...

Related Posts with Thumbnails