May 24, 2009

Aku dan kehidupan..

x de kene mengene pun ngn tajuk ni,,sesaje je...
4 hari di besut,MRSM ULUL ALBAB..mengolah modul ULUL ALBAB untuk kali ke 2...setakat ini pencapaian pelajar ULUL ALBAB menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan,,adakah matlamat 55 org khatam dlm masa 3 tahun ini akan tercapai?semua itu menjadi harapan MARA dan seluruh warga yang terlibat.

Aku balik ke Serting hari khamis,,setelah di delaykan oleh AIR ASIA,akhirnya sampai jua ke LCCT jam 1 pagi,nasib baik si dudesementara jemput,pegi balik delay,,nak wat cane,,ikut yo lah..

seminggu ni mcm2 yang aku lalui,,kes semban,serai dah tumbuh pucuk,,fuh,,semangat beb bile tgok da mule menumbuhkan daunnya,,kami up lagi 2 ekar,,jadi keseluruhan jadi 5 ekar..semoga menjadi kenyataan,,sekarang berminat projek ikan keli organik,,sesuai untuk org2 tak rajin sgt mcm aku ni,,insyaallah akan menyusul..

Nie baru sampai dr seremban..esok ahli baru kuage kami akan menjejakkan jasadnya ke rumah kami,,akan menjadi sebahagian dr kuage kami,,akan ku belai,,manja,,dan memberi kasih sayang secukupnya,,huh,,tak sabar menanti hari esok,,,siape atau ape ye yang aku maksud kan ni?em,,,ni la deh..

May 20, 2009

Keajaiban Al-Quran Statistik Keajaiban Al Quran

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan :-

Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran
Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24
Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365
Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13

Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).

Jika dibuat kira-kira mudah :

Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%

Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini.

Wallahualam...

May 16, 2009



Ini budak nama di si bobot dari marikh,,tapi sekarang da kurus da sebab demam 2 minggu aritu,,da pandai becakap,,tapi jalan tak boleh laie,,nak oiii,,,bile la ko nak jalan???rindu kat si bobot dr marikh ni......

May 15, 2009

Shoubra


Ini adalah gambar tempat aku blaja dulu,,Shoubra..huh,,tejumpe plk blog member2 lame,,ape lagi kasi angkat la ini gambar,,tq haji Ashraf..banyak kenangan aku mase blaja kat sane nih..dengan imtihan e,klas e..hahahha mcm poie jooo...member2 shoubra yg lain kalau antum tgk gambar ni,,mesti teringat nostalgia2 silm beb,,,
kenangan mesra lalu,,mengusik jiwa......

Meningitis: Satu maut di Seremban

May 15, 09 6:22pm
Kementerian Kesihatan mengesahkan satu kematian pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jempol, Negeri Sembilan, di hospital Seremban semalam akibat meningitis.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata hasil bedah siasat didapati mangsa mengidap acute pericarditis dan kementerian masih menyiasat punca sebenar kejadian ini.

"Buat masa ini, terdapat dua kes yang dirawat di wad pengasingan, Hospital Jempol. Keadaan mereka adalah stabil.

"Sebanyak 29 orang pelatih berada di dalam pemerhatian," katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata aktiviti pemantauan ke atas pelatih dan kakitangan di Pulapol itu terus dijalankan oleh petugas kesihatan selama 24 jam dan sesiapa yang mempunyai gejala jangkitan akan dirujuk terus ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

Mohd Ismail berkata, sehingga kini, sebanyak 166 orang yang berhubung dengan kes dikenal pasti dan diberi antibiotik profilaksis.

Mengenai situasi semasa wabak disyaki meningitis di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, beliau berkata sebanyak 32 kes masih lagi dirawat di wad pengasingan Hospital Melaka.

Beliau berkata daripada 42 kes yang dirawat semalam, 10 daripada mereka telah dibenarkan pulang dan tiada kes baru dimasukkan ke hospital.

Pagi semalam, Bernama melaporkan, orang ramai yang berada di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban heboh apabila mendapat tahu seorang anggota polis dari negeri ini baru meninggal dunia akibat jangkitan wabak tersebut.

Kekecohan itu dilaporkan berlaku selepas mereka melihat kakitangan hospital itu menggunakan penutup muka dan sarung tangan semasa menguruskan jenazah seorang anggota polis yang berasal dari Sabah yang meninggal di hospital itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainal Ariffin Omar semalam berkata jenazah anggota polis terbabi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

PaLeQ: Alamak,,dekat je ngn uamh aku ni,,PULAPOL...!!!!

May 14, 2009

Ayo..nak kelirukan Umat Islam la tuhhhhh......



Calsberg Malaysia yang beroperasi di Shah Alam akan meluaskan pasaran produk beer tanpa alkohol yang akan khusus di negara-negara Arab Asia Barat.

Oh dah ada calsberg halal la pulak..walaupun tanpa cap halal. Isk susah juga ya satu jenama pastu ada halal ada haram.

Sekarang order di kedai mamak "kopi tongkat ali satu!" pasni ada pulak yang minta "Caslberg halal satu!"

p/s:bahaya nih..mengelirukan umat Islam.!!!

May 10, 2009

Uwais..Unit Naziran,Serai dan ulul Albab

Uwais Al Qarni
Uwais demam dan semput seminggu lepas,,smlm aku bwk ke KPJ Hospital Pakar Pantai,,biarpun mahal,,demi anak,,seorang bapak sanggup berkorban harta .Hari Ibu hari ini,,biarpun tiada dalam kitab,,boleh di ambil sempena mengucap,,mengenang atau merenung pengorbanan seorang perembuan yang bergelar 'IBU'..terima kasih perempuan yang bergelar ibu,,yang bersusah payah melahir,,membesar dan mendidik..memberi kasih sayang dan sebagainya,,
Unit Naziran Mara
Selasa 12/5 ini,,unit Naziran akan menjengah ke maktab aku,,huhuhu,,berbagai perasaan yang timbul,,seram,,kaget,,panik ,,,gemuruh,,cuak dan sebagainya,,kui,,kui,,da 4 taun aku berkecimpung dlm bidang perguruan nih,,ni la kali pertame,,"ape2 pun gua ttp rilex"..(ayat amin)
Projek Serai
Serai dah di tanam siang tadi (Ahad 10/5)..baru mulekan 1 ekar,,yang lebih sambung esok,,dengan izin Allah..hujan membasahi bumi serting hilir hari nie,,Alhambulillah,,syukur,,dah naik kontang tanah..cuak jgk aku hari tu,,cane la nak tanam tanah kering nih,,tgok hujan lebat plk lepas tanam,,bakal menyusul akan datang,,Projek Tebu plk,,huhuhu,,projek manjang..jadi kayo ni nanti,,hahahha..
Mrsm Ulul Albab.
Minggu depan pulak,,aku kene ke Besut,,ape lagi Ulul Albab la,,pemurnian Modul Hafazan,,seminggu kat sane..godek2 tenet ni tejumpe plk blog mengenai program Ulul Albab..
http://ululalbabkoputra.blogspot.com
sesape berminat,,boleh la cube2 klik link nih..

berdasarkan maklumat,,pgram ni berjalan seperti yang dirancang,,ade budak yang da sampai juzuk 5 dalam masa 5 bulan,,bagus tu,,ape2 pun ini antara laporan diorang yang aku copy,,kagum aku..

May 8, 2009

Semangat tu bagus..tp perlaksanaan kurang tepat..

Syarat sah solat antaranya ialah menutup aurat. Menutup aurat pula bagi lelaki ialah dari pusat sampai ke lutut dan pakaian tersebut hendaklah bersih.

Bagaimana dengan memakai t'shirt yang bercetak? Kena lagi kalau bercetak dengan gambar syaitan. Kalau kita perhatikan memakai t'shirt bercetak dalam masjid macam menjadi trend pula dikalangan remaja.

Memakai t'shirt bercetak sememangnya sah tetapi menggangu orang lain yang bersolat di belakangnya dan seperti tidak beradab.

Cuba lihat pakaian remaja di bawah. Remaja ini menunaikan tanggungjawabnya dengan bersolat tetapi kalau diamati tulisan di baju yang dipakainya tu

"BORN TO ROCK DRINK AND F**K" .

Tak sesuai langsung. Lebih baik mamat tu terbalik sahaja t'shirt tu sebelum solat.Inilah pengaruh barat yang dibawa ke dalam masjid. Masyaallah..

kenangan di Makkah dan madinah


sebelum tawaf wida'..depan hotel Fal As sahah..

Bergambar di hadapan Masjid Nabawi di Madinatul Munawwarah

Bersama adik beradik tersayang,berlatarbelakangkan Gua Thur

May 5, 2009

Otai betul pelukis nih.!!






Iman was born on 1976 in Tehran. He has been fascinated by the art of Painting since he was a child. At the age of 15, he started to learn painting under the mastery of his first and only teacher - Morteza Katouzian - who is the greatest realist painter of Iran. Meanwhile, he began to paint professionally. In 1999 he graduated in Graphic Design from the Art University of Tehran. Since 1998, he has participated in several exhibitions. In the year 2000, he got married and in the following year he established ARA Painting Studio and started to teach painting, considering classical and traditional values.

The most important exhibitions he has participated in, are: The Exhibition of Realist painters of Iran at Tehran Contemporary Museum of Art(1999) and The Group Exhibition of KARA Studio Painters at SABZ Gallery(1998) and at SA’AD ABAD Palace(2003). In 2005, Iman received the William Bouguereau award and the Chairman’s Choice award in the second international ARC salon competition.

May 3, 2009

9 JENIS SYAITAN

9 tYpE oF $ya!+aN

peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang
ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin
selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat
yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga
ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak
syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat. Menggodasupaya manusia
berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah
supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan
rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
menghampiri orang yang berada di tempat-tempat
maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada
minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg
sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan
glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan
fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg
mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK
KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika
tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan
rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami
bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera
dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga
lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan
menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembah api/matahari.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tapi skarang, muncul la plak cucu setan yg cuba
merosakkan umat manusia. mereka ni sedaya
upaya menyesatkan dan merosakkan tubuh bdn
manusia kerana manusia nie terlalu lemah
nafsunye.
nie la list baru setan2 yg kurang diajar....


10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.
Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore,
Beijing &.....

Melalaikan manusia bershopping
sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg
lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai
berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya
amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai
masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan
tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah
hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk
masak kari dan masak lemak.

Ha..tapi tak tau..banyak santan ni, naik arr
kolesterol pastu dpt
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit
jantung..

KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN

KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Hadis daripada Sayyidina Uthman bin Affan r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda


:خيركم من تعلم القرءان وعلمه.
( Hadis riwayat Bukhori, Abu Daud dan Tirmizi )
2. Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud, sesungguhnya Nabi saw bersabda
:من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول الم حرف ولكن الف حرف ولام حرف وميم حرف.
( Hadis riwayat Tirmizi )
3. Hadis daripada Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
من شغله القرءان وذكري عن مسألتي، أعطيته افضل ما أعطي السائلين، وفضل كلام الله تعالى على سائرالكلام كفضل الله على خلقه ( Hadis riwayat Tirmizi )
4. Hadis daripada Anas bin Malik r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
إن لله أهلين من الناس، قالو من هم يا رسول الله، قال أهل القرءان هم أهل الله وخاصته
(hadis riwayat An Nasai’)
5. Hadis daripada Mu’az bin Anas, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
من قرأ القرءان وعمل بما فيه ألبس الله والديه تاجا يوم القيامة ضوءه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا فما ظنكم بالذي عمل بهذا (hadis riwayat Abu Daud)

May 2, 2009

2 Mei 2009?

Cuti 3 hari mmg aku manfaatkan sepenuhnya untuk berehat,bermain dgn anak,menanda kertas jawapan anak2murid aku,,fuh sampai 200 skrip beb,,bukan sikit,,PAI f 1 dan f 2.nasib baik jawapan korang memuaskan hati,,kalau macam hampeh,,nak je je aku conteng2kan,,bebudak MRSM ni bab menggoreng handal,,kalau kene part soalan kbkk,,analisis,,fuh jawapan membuatkan kita terpaksa bagi markah juga akhirnya,,bagus la mcm tu,,walaupun ade segelintir jawapan yang menaikan darah..hahah,,bebudak ni mmg ade yang kene sok ni,,

1 mei 2009..semalam le,,sempena hari buruh,,besday mat topek dan hari kami memulakan langkah projek serai kami yang tak seberapa..dengan kos yang paling minima,,kami cuba sedaya upaya memanfaatkan modal yang ada,,esok sambung pelau,,setakat ni dugaan dan cabaran dapat diharungi dengan baik..walaupun aku da tension bile traktor pelau tu asyik patah je pin penyambung piring tajam tu,,dah nak pulang je traktor tu kat koperasi Hilir 6..tapi Along mengecoolkan aku,,relex,,ni cabaran katanya..

ok,,aku nak sambung tanda paper bebudak ni,,isnin nak key in markah,,nanti si intan bising..penyelaras ting 2,,ape2 pun mengajar ni kadang2 mendatangkan semangat,,kadang2 sebaliknya,,mengajar takde hal de,,yang lain2 tu,,ko-ko,,hr..jawatan2 lain tu yang membuatkan rase nak tutttttttt je,,ape nak buat,,da keje ye tak,,sapu je la,,nak sonang duk umah la beb..tido..hahaha..

wokeh,,selama malam.

May 1, 2009

Projek serai kami

Salam..

lame sgt aku tak menaip kat sini,,sejak pegi umrah 2 minggu yg lalu,,alhamdulillah kami selamat mengerjakan umrah,,semoga umrah kami diterima Allah,,terima kasih buat Ibu kami tercinta Hajjah Rukiah Bte Mohd yang telah menyapot kami,,huh,,tinggi pengorbanan seorang ibu..sayangilah ibu Anda!..

Sekarang telah bermula projek kami,,1/5/09 tarikh keramat bagi aku kerna langkah awal telah bermula,,tepat pukul 9 pg tadi trakter pemelau telah membenamkan mata pelau ke tanah wakaf 5 ekar..

gambar projek akan di upload dr masa ke semasa..

Related Posts with Thumbnails