Feb 5, 2011

semakin hangat.....

...

Feb 4, 2011

Setelah sekian lama..

Usia blogku ini sudah melangkaui 3 tahun..bermula pabila isteri tercinta melahikan hasrat untuk memulakan perniagaan alam mayanya..Itulah yang menjadi titik tolak penerokaan arena blog dan laman sesawang yang lain.Blog ini pada mulanya sebagai diari,tempatku menceritakan segala yang berlaku..kemudiannya menjadi 1 wadah perkongsian ilmu..terdetik jua menjalankan beberapa perniagaan,namun mungkin diriku x sehebat isteri tercintaku..biarlah blog ini hanya menjadi tempatku berlatih menyusun beberapa rangkap ayat..kelak mungkin menjadi saham akhiratku..itu...

Apr 4, 2010

RuQyah Syariah,,pendinding diri

Ruqyah syariah bermaksud ayat-ayat di dalam Al-Quran yang dibacakan kepada seseorang untuk mengubati penyakit, menghilangkan gangguan jin atau sihir, perlindungan diri/harta benda atau sebagainya. Ayat-ayat Al-Quran ini berasaskan daripada doa dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur-unsur kesyirikan.Yakinlah bahawa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling efektif untuk menghilangkan sesuatu penyakit adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang : Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman." ( QS. Fushshilat : 44 )"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )Oleh itu, di sini saya sertakan beberapa potong ayat ruqyah...

Gejala Gangguan Jin

Gejala Ketika Tidur :-Sukar tidur malam.-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.-Mimpi seram.-Selalu kena tindih.-Mimpi melihat binatang seperti ular,anjing,serigala,tikus dan sebagainya.-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.-Ketawa, menangis dan menjerit ketika tidur.-Berjalan ketika tidur.-Mimpi terjatuh dari tempat tinggi.-Mimpi berada di tempat kotor atau perkuburan.-Mimpi melihat makhluk yang menakutkan.-Mimpi bayi atau budak kecil.-Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya.-Mimpi menyusukan bayi.Gejala...

Pentingnya Bersugi...

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta”( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).Fadhilat Miswak"Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkankesukaran maut.Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi...

Mar 30, 2010

Doa Angin Akhmar

PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar, Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.Maksudnya:Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang...

aku..blog..dan wad..

Assalamualaikum..Alhamdulillah,,dengan izin Allah yang maha Perkasa lagi Maha Gagah Perkasa,aku dapat membetulkan semula kerosakan yang timbul pada blog ini..tahun ini masuk tahun yg ke 3 aku menceburi bidang per"blog"an..dapat mempelajari sedikit sebanyak selok belok java script,html dan sebagainya.Tempohari,aku keluar dr wad.Hospital Besar Melaka.Ditahan wad atas sebab Hipertensi atau bahasa kampungnya,,DARAH TINGGI..Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini,,apa2 pun muhasabahnya,,JAGALAH AMANAH ALLAH SEBAIKNYA~~Insyallah akan disambung kemudian..Muhammad...

Feb 12, 2010

TAHNIAH ADIK NUR AMALINA MUHAMMED

TAHNIAH KEPADA ADIK NUR AMALINA BTE MOHAMED 10122 DARI KELAS 101 KERANA TELAH TAMAT TASMI' JUZUK 1 PADA HARI INI.ADIK AMALINA INI BERADA DI BAWAH BIMBINGAN USTAZ RAZALI(PENYELARAS PUA)..REKOD KE 2 SELEPAS ADIK ZAKARIA YG TAMAT JUZUK 1 DALAM MASA 2 MINGGU..SEMOGA ADIK2 YANG LAIN PUNYAI SEMANGAT YANG BERKOBAR2 DALAM MENGHAFAZ KALAM ALLAH,,SELAIN MENGHAFAZ AL-QURAN,ADIK2 DIGALAKKAN MEMAHAMI TAFSIRANNYA SEKALI..BARU LA KITA DAPAT MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB YANG BENAR2 BERKUALITI..,TAHNIAH SEKALI LAGI DR UNIT PEN.ISLAM..PENYELAS P....

Jan 10, 2010

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anakUntuk melahirkan kanak-kanak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang dan bersifat rabbani, maka mereka seharusnya menerima pendidikan menyeluruh dan seimbang. Jesteru itu para pendidik (murabbi) dalam menyediakan bahan-bahan pendidikan mereka hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup sebagai manusia.Antara silibus pendidikan-pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah:1. Pendidikan Keimanan (Pendidikan Imaniyah)1.1 Pendidikan...

HIJRAH LAGI....

Setelah kian lama blog ini kubiarkan sepi tanpa sebarang khabar,kini minda dan jiwa ku meruntun untuk menekan kekunci di notebook ini bg mengisi ruangan 'new post' yg sudah bersarang lelabah dek lama tiada berisi...Zuriatku yg kedua kini beusia 4 bulan..sudah mula pandai mengagah,tertawa dan sudah punya minat pada pergerakan sekeliling.Anak ku yang sulung pula sudah menjangkau usia 2 tahun,Uwais Al Qarni.1 April 2008.detik bermakna buat diriku sekeluarga.Tarikh keramat yang menjadi titik tolak pengalaman manis bergelar seorang kakitangan MARA.Mrsm...

Dec 17, 2009

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN

DOA AKHIR TAHUN DOA AWAL TA...

Nov 25, 2009

Puasa Hari Arafah ( 9 Zulhijjah)

Semoga Mendapat Manfaat Bersama...Puasa sunat 9 Zulhijjah dikenali dengan nama puasa hari Arafah iaitu puasa yang disunatkan kepada orang-orang yang tidak melakukan ibadat haji.Kelebihan berpuasa pada hari itu menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) tentang berpuasa di hari Arafah? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."(Hadits...

Sep 11, 2009

Yasin Al-Fadani Bin Muhammad Sholiheen

...

Lailatul Qadr..

Lailatulqadar ialah satu malam yang amat agung pada setiap Ramadan. Ia juga malam perhubungan mutlaq antara bumi dan alam al-Malaul-A'la. Pada malam itu juga diturunkan al-Quran keseluruhannya ke langit dunia sebelum diturunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad SAW seperti firman Allah "Sesungguhnya Kami sudah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatul qadar." (Al-Qadr:1) Mencari malam lailatul qadar adalah sunat kerana Rasulullah SAW menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim menyatakan bahawa Baginda berusaha sedaya...

Aug 29, 2009

Iftor Jama'i Maahad Ahmadi N.9

Assalamualaikum wbt,Iftar Jama'i MANS ALUMNI 2009 Sekadar memanjangkan hebahan tentang program Iftar Jama'i yang akan dianjurkan oleh MANS ALUMNI (Alumni Maahad Ahmadi Negeri Sembilan) dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah Negeri Sembilan.MAJLIS BERBUKA PUASA 2009ANJURAN MANS ALUMNI DENGAN KERJASAMA SEKRETARIAT MAHASISWA TIMUR TENGAH(SMAT)Tarikh: 5 SEPTEMBER 2009Tempat: PUSAT DAKWAH ISLAMIYAH, SEREMBAN, NEGERI SEMBILANBayaran: RM 40 (SEORANG)Kumpulan Sasaran: SEMUA PELAJAR LEPASAN MAAHAD AHMADI SERTA GURU-GURU MAAHAD AHMADI NEGERI SEMBILANTENTATIF PROGRAM6.30 pm: Ketibaan Dan Pendaftaran7.00 pm: Ucapan Pengenalan Program Oleh Abdul Halim Abdul Hamid7.20 pm: Bacaan Doa Oleh Muhammad Fakhruddin Arrazi Misni7.30 pm: Solat Maghrib Berjemaah7.45 pm: Ucapan Wakil Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, Wakil SMATT (Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah) dan Penasihat Program8.00 pm: Iftar Jama'i8.35 pm: Sesi Fotografi Dan BersuraiMAKLUMAN PENTING1.Bagi...

May 24, 2009

Aku dan kehidupan..

x de kene mengene pun ngn tajuk ni,,sesaje je...4 hari di besut,MRSM ULUL ALBAB..mengolah modul ULUL ALBAB untuk kali ke 2...setakat ini pencapaian pelajar ULUL ALBAB menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan,,adakah matlamat 55 org khatam dlm masa 3 tahun ini akan tercapai?semua itu menjadi harapan MARA dan seluruh warga yang terlibat.Aku balik ke Serting hari khamis,,setelah di delaykan oleh AIR ASIA,akhirnya sampai jua ke LCCT jam 1 pagi,nasib baik si dudesementara jemput,pegi balik delay,,nak wat cane,,ikut yo lah..seminggu ni mcm2 yang...

May 20, 2009

Keajaiban Al-Quran Statistik Keajaiban Al Quran

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan :-Perkataan/Maksud Disebut dalam Al QuranAl-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13...

...

May 16, 2009

Ini budak nama di si bobot dari marikh,,tapi sekarang da kurus da sebab demam 2 minggu aritu,,da pandai becakap,,tapi jalan tak boleh laie,,nak oiii,,,bile la ko nak jalan???rindu kat si bobot dr marikh ni......

May 15, 2009

Shoubra

Ini adalah gambar tempat aku blaja dulu,,Shoubra..huh,,tejumpe plk blog member2 lame,,ape lagi kasi angkat la ini gambar,,tq haji Ashraf..banyak kenangan aku mase blaja kat sane nih..dengan imtihan e,klas e..hahahha mcm poie jooo...member2 shoubra yg lain kalau antum tgk gambar ni,,mesti teringat nostalgia2 silm beb,,,kenangan mesra lalu,,mengusik jiwa......

Meningitis: Satu maut di Seremban

May 15, 09 6:22pm Kementerian Kesihatan mengesahkan satu kematian pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jempol, Negeri Sembilan, di hospital Seremban semalam akibat meningitis.Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata hasil bedah siasat didapati mangsa mengidap acute pericarditis dan kementerian masih menyiasat punca sebenar kejadian ini."Buat masa ini, terdapat dua kes yang dirawat di wad pengasingan, Hospital Jempol. Keadaan mereka adalah stabil."Sebanyak 29 orang pelatih berada di dalam pemerhatian," katanya dalam...

May 14, 2009

Ayo..nak kelirukan Umat Islam la tuhhhhh......

Calsberg Malaysia yang beroperasi di Shah Alam akan meluaskan pasaran produk beer tanpa alkohol yang akan khusus di negara-negara Arab Asia Barat.Oh dah ada calsberg halal la pulak..walaupun tanpa cap halal. Isk susah juga ya satu jenama pastu ada halal ada haram.Sekarang order di kedai mamak "kopi tongkat ali satu!" pasni ada pulak yang minta "Caslberg halal satu!"p/s:bahaya nih..mengelirukan umat Islam....

May 10, 2009

Uwais..Unit Naziran,Serai dan ulul Albab

Uwais Al QarniUwais demam dan semput seminggu lepas,,smlm aku bwk ke KPJ Hospital Pakar Pantai,,biarpun mahal,,demi anak,,seorang bapak sanggup berkorban harta .Hari Ibu hari ini,,biarpun tiada dalam kitab,,boleh di ambil sempena mengucap,,mengenang atau merenung pengorbanan seorang perembuan yang bergelar 'IBU'..terima kasih perempuan yang bergelar ibu,,yang bersusah payah melahir,,membesar dan mendidik..memberi kasih sayang dan sebagainya,,Unit Naziran MaraSelasa 12/5 ini,,unit Naziran akan menjengah ke maktab aku,,huhuhu,,berbagai perasaan yang timbul,,seram,,kaget,,panik ,,,gemuruh,,cuak dan sebagainya,,kui,,kui,,da 4 taun aku berkecimpung dlm bidang perguruan nih,,ni la kali pertame,,"ape2 pun gua ttp rilex"..(ayat amin)Projek SeraiSerai dah di tanam siang tadi (Ahad 10/5)..baru mulekan 1 ekar,,yang lebih sambung esok,,dengan izin Allah..hujan membasahi bumi serting hilir hari nie,,Alhambulillah,,syukur,,dah naik kontang tanah..cuak...

May 8, 2009

Semangat tu bagus..tp perlaksanaan kurang tepat..

Syarat sah solat antaranya ialah menutup aurat. Menutup aurat pula bagi lelaki ialah dari pusat sampai ke lutut dan pakaian tersebut hendaklah bersih.Bagaimana dengan memakai t'shirt yang bercetak? Kena lagi kalau bercetak dengan gambar syaitan. Kalau kita perhatikan memakai t'shirt bercetak dalam masjid macam menjadi trend pula dikalangan remaja.Memakai t'shirt bercetak sememangnya sah tetapi menggangu orang lain yang bersolat di belakangnya dan seperti tidak beradab.Cuba lihat pakaian remaja di bawah. Remaja ini menunaikan tanggungjawabnya dengan bersolat tetapi kalau diamati tulisan di baju yang dipakainya tu"BORN TO ROCK DRINK AND F**K" .Tak sesuai langsung. Lebih baik mamat tu terbalik sahaja t'shirt tu sebelum solat.Inilah pengaruh barat yang dibawa ke dalam masjid. Masyaalla...

Related Posts with Thumbnails