Jan 23, 2009



PARA pelajar yang terpilih menjadi generasi pertama Program Ulul Albab di MRSM Kota Putra, Besut semalam.

MENJADI PERINTIS. Seramai 186 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra di Besut bertuah selepas terpilih menjadi generasi Ulul Albab pertama semalam.

Mereka akan mencipta sejarah sekiranya mencatat kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di samping menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima tahun lagi.

Tambah menarik, Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membuka peluang kepada pelajar program Ulul Albab ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi dalam pelbagai bidang profesional dan teknikal.

Antaranya mengikuti program perubatan di universiti negara Asia Barat dan pusat-pusat pengajian terbaik di negara maju.

Program ini adalah tepat pada masanya ketika dunia dilanda krisis ketandusan pemikir ummah

0 pandangan anda:

Related Posts with Thumbnails